web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


2 Lelaki Terbabit Cubaan Samun Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2021 1:10PM

Polis sedang mengesan 2 lelaki dikenali bagi membantu siasatan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLANG - Polis menahan dua lelaki selepas disyaki terlibat dalam kes cubaan meragut rantai leher seorang jurujual di belakang sebuah kedai di Jalan Tengku Kelana di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner (ACP) Shamsul Amar Ramli berkata, dalam kejadian jam 9.40 pagi itu, wanita berusia 23 tahun itu sedang membersihkan kawasan di belakang kedainya.

"Mangsa memberitahu, seorang lelaki telah datang dan cuba untuk meragut rantai emas miliknya tetapi tidak berjaya.

"Suspek kemudian melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira bersama tiga lagi lelaki tidak dikenali yang berada di dalam kereta tersebut," katanya di sini.

Menurut beliau, pihaknya berjaya memberkas dua daripada empat suspek berkenaan di Banting antara jam 2 hingga 5 petang, semalam.

Turut dirampas ialah sebuah Proton Wira yang digunakan dalam kejadian tersebut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan iaitu cubaan menyamun dan polis juga sedang giat mengesan dua lelaki dikenali sebagai Paiyen dan Kabilan bagi membantu siasatan.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Asisten Superintenden (ASP) Zamrus Zakaria di talian 019-6892777 atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di talian 03-33762222 serta mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

Video memaparkan cubaan samun itu yang berdurasi 2 minit 50 saat turut tular di media sosial. - Getaran, 29 Oktober 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 56 minit yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 51 minit yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi