web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


JAWI Benarkan Warga Asing, Kanak-Kanak Berjemaah Di Masjid, Surau

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2021 3:23PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Warga asing yang sudah melengkapkan dua dos vaksinasi COVID-19 dibenarkan menunaikan solat secara berjemaah di semua masjid dan surau di Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan mulai waktu Mahgrib hari ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail, berkata itu adalah antara kelonggaran yang diberikan ke atas aktiviti mengimarahkan masjid dan surau, selaras tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Katanya, JAWI turut menetapkan bahawa syarat penjarakan fizikal antara jemaah dikurangkan daripada 1.5 meter kepada satu meter.

“Kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke atas yang sudah mendapat vaksin lengkap juga dibenarkan untuk menunaikan solat berjemaah di masjid serta surau.

“Murid tadika dan Kelas Al-Quran dan Fadhu Ain (KAFA) turut dibenarkan menghadiri kelas pengajian yang beroperasi dalam premis masjid serta surau berpandukan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah,” katanya hari ini.

Mohd Ajib berkata, JAWI turut membenarkan penganjuran dan kehadiran ke majlis sosial, seperti kenduri-kendara, sambutan perayaan, perkahwinan, aqiqah serta berkaitan untuk diadakan di dewan masjid dan surau bagi individu lengkap divaksinasi.

Kebenaran dan kehadiran ke majlis sosial itu, katanya, membabitkan kapasiti 50 peratus ruang dewan serta memenuhi SOP ditetapkan, termasuk penjarakan fizikal.

Beliau berkata, semua kebenaran itu adalah tertakluk kepada SOP ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Semoga lebih ramai jemaah dapat mengimarahkan masjid dan surau di Wilayah Persekutuan,” katanya. - Getaran, 4 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

3

Refleksi 1 bulan yang lalu

Hari Terbuka Masjid Tonjol Keistimewaan Dan Keunikan Tradisi Masjid Di Malaysia

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka