web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Nahas Dengan Myvi, Lelaki Hancur Tangan Kiri

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Nov 2021 6:21PM

Keadaan kereta Viva yang dipandu oleh mangsa.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki hilang tangan kiri selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Taman Perling-Kempas di sini malam tadi.

Nahas tersebut menyebabkan tangan pemandu Perodua Viva dikenali sebagai Calvin, 23 itu hancur dari paras siku.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, PBK II Mohamad Nazaruddin Ahmad Zainuddin berkata, kemalangan itu berlaku pada jam 11.45 malam semalam, apabila kenderaan dipandu mangsa berlanggar dengan sebuah Perodua Myvi.

“Bagaimanapun, pemandu Perodua Myvi berusia 21 tahun itu dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Sebelas anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 11.50 malam,” katanya di sini hari ini.

Mangsa diangkat oleh anggota bomba ke dalam ambulans untuk dibawa ke hospital.
Mangsa diangkat oleh anggota bomba ke dalam ambulans untuk dibawa ke hospital.

Beliau berkata, sebaik Pasukan Keluaran Operasi (PKO) yang diketuainya tiba di lokasi, mereka mendapati Perodua Myvi berada dalam keadaan terbalik, manakala Perodua Viva remuk teruk di bahagian hadapan.

“Kedua-dua pemandu kereta ketika itu sudah berada di luar kenderaan, dipercayai dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba,” katanya.

Mohamad Nazaruddin berkata, mangsa yang cedera parah diberikan rawatan awal oleh pihak bomba sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, untuk rawatan lanjut. - Getaran, 5 November 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pegawai Polis, 3 Anggota Ditahan Bantu Siasatan Kes Pemerasan

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Apartment Jadi Pusat Pembungkusan, Dadah Bernilai Hampir RM900,000 Dirampas

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka