web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Polis Buru 4 Individu Bantu Kes Bunuh Along

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2021 7:29PM

Nik Ezanee Mohd Faisal - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan empat lelaki bagi membantu siasatan kes seorang pemberi pinjaman wang atau along yang maut ditetak di hadapan sebuah restoran di Bandar Bukit Tinggi, Klang, Sabtu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner (SAC) Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, polis sudah mengenal pasti identiti semua individu berkenaan.

“Mereka yang dikehendaki ialah Low Chee Boon, 40; Lim Chee Hau, 39; Tan Kok Pin, 34 dan Yap Chin Hock, 58.

“Tiga daripada mereka beralamat terakhir di sekitar Jenjarom, Kuala Langat manakala seorang lagi di Pelabuhan Klang,” katanya hari ini.

Terdahulu, dalam kejadian jam 12.20 tengah hari Sabtu lalu, mangsa yang berusia 47 tahun mati ditetak dengan parang selepas menjamu selera bersama dua anaknya di sebuah kopitiam.

Nik Ezanee menegaskan, dendam dipercayai menjadi punca kejadian itu.

“Polis setakat ini sudah menahan enam suspek yang dipercayai terlibat dalam kes berkenaan,” katanya. - Getaran, 10 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

2 Lelaki Ditembak Mati Dipercayai Dalam Perjalanan Lakukan Jenayah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pelaburan Kripto ‘Kakaue’ Perdaya Mangsa Di Facebook - JSJK

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Gaduh Awal Pagi, Warga Indonesia Maut

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Lelaki Tikam Ibu Dengan Gunting Direman 7 Hari

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 jam yang lalu

Negeri Sembilan FC Sahkan Pemain Import Mika Junco Jadi Mangsa Ragut

Semasa 12 jam yang lalu

Semua Lepasan SPM Dapat 10 A Ke Atas Berpeluang Ke Matrikulasi - PM

Semasa 21 jam yang lalu

PM Dahului Senarai Penerima Darjah, Bintang Kebesaran Hari Keputeraan Sultan Kedah 

oleh Rafisqi Radhi

Sukan 1 hari yang lalu

Akhirnya, Hamidin Terima Perkenan Sultan Selangor Untuk Menghadap

oleh Wartawan Getaran