web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rokok Elektronik, Vape Nikotin Bukan Alternatif Kurangkan Tembakau

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 16 Nov 2021 2:32PM

Khairy Jamaluddin (tengah) bersama Dr Mohd Afiq Mohd Nor (sebelah kanan Khairy) serta beberapa NGO bergambar selepas selesai sesi perbincangan bersama mengenai isu kawalan merokok baru-baru ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rokok elektronik atau vape bernikotin tidak diiktiraf sebagai strategi Pengurangan Risiko Tembakau (Tobacco Harm Reduction).

Setiausaha Kehormat IKRAM Health Malaysia, Dr Mohd Afiq Mohd Nor berkata, kenyataan tersebut diakui Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin ketika sesi perbincangan bersama mengenai isu kawalan merokok yang dilakukan bersama 12 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain baru-baru ini.

Menurut beliau, Khairy dalam sesi berkenaan turut mengakui bahawa rokok elektronik tersebut sebagai berbahaya.

“Ya, YB menteri sendiri akui yang vape itu berbahaya dan menegaskan KKM tetap menolak konsep Harm Reduction yang dicanang-canang oleh sesetengah pihak.

“Dalam sesi itu juga, Khairy telah menjelaskan kepada wakil pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengenai keputusan kerajaan berkaitan penjualan rokok elektronik dan vape bernikotin. Beliau bagaimanapun menekankan bahawa kerajaan masih komited dengan pelan Tobacco EndGame 2040 negara,” katanya kepada Getaran.

Dr Afiq berkata, walaupun ada beberapa perkara positif diutarakan menteri dalam perbincangan berkaitan akta baharu kawalan merokok yang akan dibentangkan nanti, seluruh NGO tetap menolak cadangan kerajaan ingin membenarkan penjualan rokok elektronik dan vape bernikotin.

“Untuk rekod, akta baharu berkaitan kawalan tembakau dan merokok ini telah lama tertangguh untuk dibentang.

“Pada mulanya ia dimaklumkan akan dibentang pada sidang parlimen kali ini namun terpaksa ditangguhkan kerana perlu diperhalusi,” katanya.

Sementara itu, wakil Persatuan Kesihatan Remaja Malaysia (MAAH), Professor Dr Mohamad Haniki turut mempersoalkan usaha menghalalkan penjualan cecair vape bernikotin, memandangkan ia jelas bertentangan dengan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang telah dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob 11 November lalu.

“Tiada bukti nikotin dalam  rokok elektronik selamat digunakan. Berapa kepekatan nikotin dalam cecair vape yang akan dibenarkan nanti?

“Apakah asas digunakan dalam menetapkan sukatan tertentu,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) akan dilaksanakan untuk tempoh 10 tahun, bermula tahun ini sehingga 2030 dan pelaksanaannya dibahagikan kepada dua penggal.

“Penggal pertama bermula pada tahun 2021 sehingga tahun 2025, manakala penggal kedua bermula pada tahun 2026 dan akan berakhir pada 2030,” katanya ketika melancarkan ANMS minggu lalu.

Perdana Menteri berkata, kerajaan bertanggungjawab merangka hala tuju, strategi dan initiatif ANMS, manakala pihak swasta serta badan bukan kerajaan adalah penggerak kepada strategi serta usaha yang telah dirangka.

Mengulas lanjut, Dr Haniki berkata, Khairy ketika pertemuan bersama pada Khamis lalu berkata, KKM kini sedang berusaha dengan pelbagai cara bagi memastikan tabiat merokok dan vaping, dapat dikurangkan sehingga mencapai angka kurang daripada 5 peratus penduduk.

“Ia selaras dengan hasrat negara dalam menuju pelan Tobacco EndGame 2040,” katanya. - Getaran, 16 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Mpox: KKM Tingkat Survelan Di Pintu Masuk Negara

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Perlu Ada Keseimbangan Pada Peraturan Baharu Vape - Panel

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka