web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Timbang Naik Harga Lantai Getah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Nov 2021 2:57PM

Zuraida menjawab soalan pada sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri ketika Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Parlimen hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mempertimbangkan kemungkinan menaikkan harga lantai getah RM3.50 sekilogram berbanding RM2.50 sekilogram sebelum ini.

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, kenaikan harga tersebut sekiranya dilaksanakan, kerajaan perlu mengeluarkan belanja tambahan sebanyak RM1 bilion setahun.

Menurut beliau, belanja tambahan tersebut bagaimanapun hanya mencukupi untuk 500 tan getah sahaja.

“Kita juga ada membincangkan perkara ini dalam mesyuarat kabinet lebih sebulan lalu dan bersetuju supaya tiga kementerian berkaitan, berbincang dengan Kementerian Kewangan bagi mengkaji serta memperhalusi bagaimana untuk menaikkan harga lantai ini.

“Banyak program dan bantuan yang terletak di bawah kementerian saya dan kementerian berkaitan,” katanya.

Zuraida menyatakan demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Baling (BN), Datuk Seri ABdul Rahim di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid mencadangkan supaya harga lantai getah sekerap dinaikkan daripada RM2.50 sekilogram kepada RM3.50, bagi mengelakkan pekebun kecil getah beralih ke tanaman komoditi lain.

Ia berikutan harga lantai getah sekerap RM2.50 sekilogram ketika ini jauh lebih rendah berbanding kelapa sawit yang mencecah RM1,100 setiap tan, sekali gus mewujudkan jurang besar antara pengusaha kebun getah dan kelapa sawit. - Getaran, 16 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 bulan yang lalu

Skop LPNM Diperluas, Tingkat Produktiviti Komoditi Bernilai Tinggi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Proses Pensijilan MSPO Sentiasa Berkembang, Bertambah Baik - Fadillah

3

Semasa 1 tahun yang lalu

MOT Seboleh-Bolehnya Tidak Mahu Campur Tangan Isu Kadar Tambang Lantai E-Hailing

4

Semasa 1 tahun yang lalu

9 Premis Dikompaun Gagal Guna Aplikasi RRIMniaga

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka