web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Skop LPNM Diperluas, Tingkat Produktiviti Komoditi Bernilai Tinggi

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 25 Oct 2023 9:16PM

Mohamad Sabu - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Skop Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) akan diperluas bagi meningkatkan produktiviti komoditi bernilai tinggi seperti kelapa dan durian.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, inisiatif berkenaan dijangka dapat membantu mengurangkan defisit perdagangan, sekali gus memperkukuh aktiviti penyelidikan dan Pembangunan (R&D) bagi variasi benih penanaman dalam negara.

Menurut beliau, ia juga mampu meningkatkan prestasi eksport produk hiliran berasaskan pertanian dan merancakkan aktiviti pengeluaran makanan secara domestik.

“Selaras dengan hasrat membangun Malaysia MADANI, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk memastikan tahap keterjaminan makanan negara stabil dan lestari, seiring dengan konsep Food Security is a Shared Responsibility.

“Justeru, Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara (JKSMN) yang bersidang hari ini mengetengahkan hasrat kerajaan dalam memastikan keterjaminan dan kestabilan bekalan makanan negara adalah selamat dan mencukupi,” katanya.

Jelas Mohamad, JKSMN yang kali ini ini dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi berperanan dalam merangka dasar serta strategi sekuriti makanan yang lebih berdaya saing dan mampan.

“JKSMN kali ini telah mempertimbangkan lapan kertas kerja melibatkan empat kertas untuk kelulusan dan empat (4) kertas makluman.

“Sesi mesyuarat turut memberi tumpuan dalam memperkasakan sekuriti makanan negara menerusi pelaksanaan inisiatif berimpak tinggi,” katanya.

Beliau memberitahu, inisiatif terbabit mencakupi pelaksanaan Projek Industri Tenusu Negara melalui Projek Pembangunan Ladang Tenusu Integrasi di Chuping, Perlis serta Cadangan Pelaksanaan Pembajaan dan Pembekalan Baja Bio dan Organik bagi meningkatkan hasil pengeluaran padi.

“Kerajaan melalui KPKM sedang berusaha untuk melaksanakan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan produktiviti sektor agromakanan.

“Fokus adalah dalam bidang teknologi, pemodenan, rantaian nilai agromakanan, antaranya menerusi Strategi Pembangunan Industri Nanas dengan penyusunan semula sistem galakan pasaran eksport sedia ada untuk memupuk kecekapan dan daya saing yang lebih tinggi,” katanya.

Mohamad berkata, JKSMN mencerminkan komitmen utuh kerajaan dalam memperkukuh sekuriti makanan negara ke arah peningkatan produktiviti, penjanaan pendapatan dan potensi teknologi pertanian, sekali gus meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat.

“Melangkah ke hadapan, kerajaan akan memastikan pendekatan proaktif sentiasa dilaksanakan dalam menganalisis dan mengenalpasti strategi, inisiatif baharu, serta merangka intervensi yang lebih komprehensif dan strategik.

“Ia bagi menjamin kemampanan bekalan input agromakanan dan produktiviti pengeluaran makanan negara,” katanya.

Mesyuarat JKSMN hari ini turut dihadiri barisan Menteri Kabinet, timbalan menteri, Ketua-Ketua Setiausaha dan Gabenor Bank Negara, Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour. – Getaran, 25 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Kolum 10 bulan yang lalu

Pertanian Jitu Dan Internet Of Things: Masa Depan Keselamatan Makanan Malaysia

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Dasar Gaji Progresif Dibentang Dalam MTEN Ogos - Rafizi

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Proses Pensijilan MSPO Sentiasa Berkembang, Bertambah Baik - Fadillah

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Lot Tanah Sudah Diwarta Sebagai HORAS, Aktiviti Pertanian Memang Dilarang - Juwairiya

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki