web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lot Tanah Sudah Diwarta Sebagai HORAS, Aktiviti Pertanian Memang Dilarang - Juwairiya

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2023 12:02PM

Tanah di bawah zon HORAS adalah dilindungi dan sebarang perusahaan tanah atau aktiviti yang berpotensi menyumbang kepada pencemaran seperti aktiviti pertanian atau perladangan adalah tidak dibenarkan - Tangkapan layar video Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lot tanah yang menjadi pertikaian antara peneroka kelapa sawit dan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) di Kuala Selangor baru-baru ini sudah diwartakan kawasan takungan air Negeri Selangor iaitu zon Hybrid River Off Storage (HORAS).

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Juwairiya Zulkifli berkata, pewartaan tersebut dibuat pada 2009.

Menurut beliau, tanah di bawah zon HORAS adalah dilindungi dan sebarang perusahaan tanah atau aktiviti yang berpotensi menyumbang kepada pencemaran seperti aktiviti pertanian atau perladangan adalah tidak dibenarkan, seperti disyaratkan di bawah Seksyen 48 Enakmen LUAS.

“Saya merujuk video yang tular bertajuk “Nasib Orang Selangor Indah Khabar Dari Rupa” berkenaan isu peneroka kelapa sawit di Lot 5170, Mukim Bestari Jaya, Kuala Selangor.

“Sebenarnya, lot tersebut adalah tanah hakmilk KHSB yang dikategorikan sebagai Tanah Bencah di Bawah Rancangan Tempatan Daerah Kuala Selangor 2025,” katanya.

Jelas beliau, KHSB pada 17 Jun 2020 melalui anak syarikat Hasil Perangsang Resources Sdn Bhd telah menawarkan sewaan kepada peneroka sebahagian lot bagi tujuan pertanian selama dua tahun, sementara kerja- kerja selanjutnya dimulakan. 

“Pihak peneroka tidak bersetuju dan menolak tawaran tersebut.

“Pada 24 Mac 2022, satu sesi pertemuan antara wakil peneroka dengan pihak KHSB, Kumpulan Semesta Sdn Bhd, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor dan Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor telah diaturkan bagi meneliti isu ini,” katanya.

Juwairiyah menberitahu, KHSB pada 20 Jun tahun lalu bagaimanapun memberitahu, permohonan semua peneroka terlibat tidak dapat dipertimbangkan.

“Pihak peneroka terus mengusahakan dan mengutip hasil sawit tanpa kebenaran.

“Pada 11 Mei 2023, saya telah bertemu dengan tiga wakil peneroka setelah kerja-kerja yang dimulakan oleh pihak Hasil Perangsang mendapat tentangan,” katanya.

Menerusi pertemuan berkenaan jelas beliau, semua peneroka itu terbukti memahami bahawa tanah berkenaan bukan milik mereka dan ia perlu dikosongkan apabila kontraktor memulakan kerja.

“Peneroka memohon pampasan sewajarnya diberikan kepada mereka dan arahan pemberhentian kerja (stop work order) telah diberikan sementara proses rundingan berlaku antara mereka serta syarikat dalam masa terdekat,” katanya.

Kerajaan Selangor jelas Juwairiya lagi, komited untuk memastikan keharmonian masyarakat disamping pembelaan sewajarnya kepada rakyat. 

“Pada waktu yang sama, kerajaan negeri juga mempunyai tanggungjawab menjaga kepentingan rakyat secara keseluruhan, khususnya perkara melibatkan perkhidmatan bekalan air seperti yang telah timbul,” katanya. - Getaran, 13 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Op Bersepadu JPJ: 3 Pemandu Bas Positif Dadah, 2 Memandu Tanpa Lesen

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Bekalan Air Di Semua Kawasan Terjejas Di Selangor Pulih Sepenuhnya

3

Sukan 5 bulan yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Polis Lumpuhkan Sindiket Dadah Rekreasi Terbesar Dalam Negara, Rampas RM14.15 Juta Dadah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 20 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi