web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemandu Perlu Iringi, Pantau Kanak-Kanak Keluar Masuk Van Sekolah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Nov 2021 5:18PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Insiden tragis membabitkan seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang maut dilanggar van sekolah dinaikinya Jumaat lalu harus dijadikan pengajaran kepada semua pihak.

Acap kali didengar, kes seumpama itu banyak melibatkan jenis Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), van dan lori.

Ini kerana kenderaan besar begini boleh mempunyai titik buta setinggi empat hingga lima kaki (130 – 150 sentimeter) di hadapan bumper yang bersamaan ketinggian seorang kanak-kanak berusia enam dan lapan tahun.

Dr Kulanthayan K.C Mani
Dr Kulanthayan K.C Mani

Pengarah Eksekutif Safe Kids Malaysia, Profesor Dr Kulanthayan K.C. Mani menyarankan, proses kanak-kanak keluar dan memasuki van sekolah atau apa sahaja kenderaan perlu diberi lebih perhatian untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

“Dalam isu van sekolah ini, apa yang saya nampak risiko kemalangan bukan semasa perjalanan tapi lebih kepada semasa berada di lokasi pick up dan drop off point.

“Risikonya berlaku apabila kanak-kanak itu keluar daripada kenderaan tersebut. Ini kerana mereka masih tidak boleh membuat keputusan tepat dan selamat semasa berada di atas jalan raya,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Beliau turut menggalakkan setiap pemandu van sekolah untuk turun dari kenderaan dan mengiringi murid-murid sehingga mereka masuk ke dalam kawasan sekolah atau kediaman dengan selamat.

“Jika hantar kanak-kanak ke tadika atau taska sebaik-baiknya mereka menurunkan kanak-kanak ini di sebelah jalan berhampiran dengan sekolah atau tadika agar tidak ada peluang langsung untuk kanak-kanak melintas jalan.

“Di tadika atau taska pula, selalunya bilangan kanak-kanak itu kurang dan lebih baik kalau guru atau staf bertugas berada di pintu pagar taska dan menyambut kanak-kanak tersebut. Pendekatan ini jauh lebih selamat,” katanya.

Menurut Kulanthayan, kanak-kanak juga mempunyai had tertentu dalam menilai situasi dan masih memerlukan pemantauan orang dewasa ketika berada di atas jalan raya.

“Kanak-kanak boleh dengar bunyi kenderaan tapi mereka tidak dapat nak pastikan dari kanan atau kiri, sehinggalah sumber bunyi itu sudah hampir rapat dengan mereka.

“Jadi temani dan pantau mereka. Pada masa sama, beritahu mereka ada banyak titik buta (blindspot) pada kenderaan supaya mereka tidak berada di kawasan terlindung kerana saiz badan mereka yang kecil,” katanya.

Jelas beliau, kanak-kanak berusia lapan tahun ke bawah masih belum berupaya membuat keputusan dengan tepat dan selamat walaupun mereka telah diperkenalkan mengenai pendidikan keselamatan jalan raya (PKJR) di sekolah.

“Kita kena terima hakikat kanak-kanak ini mempunyai pelbagai limitasi dan kita harus melihat mereka sebagai kanak-kanak, bukannya ‘orang dewasa’ bersaiz kecil. Jadi saya harap orang ramai faham dan jelas mengenai perkara ini.

“Kanak-kanak dari segi pandangan adalah satu pertiga daripada pandangan orang dewasa. Ini bermaksud kalau ada kenderaan yang datang dan masuk sudut 60 darjah baharulah kanak-kanak itu nampak,” katanya.

Kulanthayan berkata, kanak-kanak tidak boleh dipersalahkan kerana had usia itu memiliki limitasi tersendiri.

“Kerana itu saya syorkan kanak-kanak terutamanya berusia bawah lapan tahun perlu diiringi orang dewasa untuk mengurangkan risiko di jalan raya,” katanya.

Grafik dari Public Health
Grafik dari Public Health

Beliau turut mengesyorkan setiap sekolah menyediakan warden trafik untuk membantu kanak-kanak melintas jalan raya dengan selamat.

“Kehadiran warden trafik dapat membantu mengawal kenderaan di zon sekolah dan ia sudah tentu dapat mengurangkan risiko kemalangan.

“Perlu diingat, orang ramai harus mengurangkan had laju kepada 30 kilometer (km) sejam ketika berada di zon sekolah. Ada sebab diletakkan papan tanda ini, kerana had tahan kecederaan yang mampu badan kita terima hanya setakat 30 km sejam. Jika melebihi had laju itu. mungkin boleh menyebabkan kemalangan maut,” katanya.

Sementara itu, satu perkongsian di Facebook Public Health Malaysia menyatakan, antara faktor penyumbang kepada berlakunya kemalangan adalah titik buta (jarak 10 kaki dari kenderaan) yang tidak dapat dilihat oleh pemandu itu sendiri.

Menurut perkongsian tersebut, jarak 10 kaki dari kenderaan adalah zon bahaya terutamanya di kawasan titik buta (zon merah) iaitu di hadapan kenderaan dan sisi belakang.

“Selepas kenderaan berhenti, lihat kiri dan kanan dan terus keluar dari zon bahaya (lihat zon hijau). Sama juga ketika hendak naik bas atau van,” katanya. - Getaran, 16 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka