web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


DBKL Keluar 16 Notis Kompaun Dalam Ops Belang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 17 Nov 2021 1:10PM

Antara agensi sahabat DBKL yang turut sama dalam Ops Belang itu adalah PDRM dan JAS. - Gambar dari Facebook DBKL

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 16 notis kompaun atas pelbagai kesalahan telah dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi Ops Belang yang dilaksanakan di sekitar kawasan Jalan Kuching dan Jalan Genting Klang, di sini pada Selasa.

Menurut DBKL sebanyak 94 kenderaan juga telah diperiksa dalam operasi itu yang turut disertai oleh agensi-agensi sahabat DBKL.

Jurucakap DBKL memaklumkan, tindakan tersebut diambil di bawah peruntukan Undang-Undang Kecil Pengangkutan Bahan (WPKL) 1997 dan Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

“Ops Belang merupakan gabungan tindakan penguatkuasaan secara bersepadu bersama agensi sahabat melibatkan kenderaan persendirian atau perdagangan yang melakukan kesalahan am trafik, halangan lalu lintas, tahap kebersihan kenderaan dan permit kebenaran mengangkut bahan di sekitar Kuala Lumpur,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Antara agensi sahabat DBKL yang turut sama dalam Ops Belang itu adalah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Dalam pada itu, DBKL berkata, PDRM dan JAS turut mengeluarkan sebanyak 40 notis kompaun atas pelbagai kesalahan kepada pemilik kenderaan yang didapati melakukan kesalahan di bawah bidang kuasa masing-masing.

“Tindakan penguatkuasaan ini dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dan peruntukan undang-undang dikuatkuasakan DBKL dan agensi terlibat.

“Sebarang aduan, warga kota boleh menyalurkan kepada pihak DBKL secara atas talian di laman rasmi DBKL, https://adukl.dbkl.gov.my,” katanya. - Getaran, 17 November 2021

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 2 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 23 minit yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad