web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Memandu Bawah Pengaruh Alkohol, 11 Individu Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 21 Nov 2021 1:29PM

Sarifudin Mohd Salleh

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menahan 11 individu dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol dalam operasi dijalankan selama dua hari hingga awal pagi ini di sekitar ibu kota.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner (ACP) Sarifudin Mohd Salleh berkata, 11 lelaki terbabit ditahan mengikut Seksyen 45 (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Operasi bermula dari jam 9 malam dan selesai jam 4 pagi di sekitar pusat bandar, Jalan Loke Yew, Jalan Kuching, Jalan Bangsar dan Jalan Tun Razak.

“Aktiviti samseng jalanan bagaimanapun tidak dikesan pada dua malam ini berikutan hujan di sekitar pusat bandaraya,” katanya hari ini.

Menurut beliau, semua tangkapan dibawa ke Balai Polis Trafik, Kuala Lumpur dan akan dituduh mengikut seksyen Seksyen 45 (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sarifudin berkata, 164 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi itu.

“Sembilan buah motosikal juga telah disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan mengubah suai struktur kenderaan (ekzos).

“Motosikal yang disita akan diambil tindakan dan menjalani pemeriksaan oleh pihak JPJ serta diarahkan mengubah kembali ke struktur asal,” katanya.

Beliau menegaskan, pihaknya akan terus mempertingkatkan operasi di hujung minggu bagi mencegah dan membanteras sepenuhnya aktiviti samseng jalanan serta menjaga keselamatan pengguna jalan raya.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik ( JSPT ), Jalan Tun H S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. - Getaran, 21 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Tetap Solat Walaupun Tangan Diikat

2

Semasa 7 bulan yang lalu

38 Warga Asing Ditahan Dalam Operasi Sekitar Johor

3

Video & Galeri 7 bulan yang lalu

Angkara Aksi Drift, Lelaki Ditahan

4

Semasa 7 bulan yang lalu

5 Ditahan Pukul Lelaki Hingga Maut Di Semenyih

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 17 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 2 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki