web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kenapa Pejuang Kleptokrat Senyap Isu 1MDB, Akaun Suami Zeti?

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Nov 2021 8:29PM

Ahmad Shabery Cheek - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ramai pejuang yang menentang kleptokrat dilihat hanya ‘berdiam diri’ apabila pembabitan keluarga bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ditimbulkan.

Ia menimbulkan tanda tanya, apatah lagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah menjawab soalan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim di Parlimen, semalam bahawa kerajaan hanya mendapat tahu pada 2019 bahawa wang yang dikaitkan dengan 1MDB disimpan dalam akaun milik suami Zeti, Datuk Tawfiq Ayman.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, sudah tentu Perdana Menteri Perikatan Nasional (PN) mengetahui tentang perkara terbabit.

“Banyak isu terkeluar memerlukan penjelasan yang lebih jelas. Apakah banyak maklumat sengaja disembunyikan?

“Apakah ada yang bimbang sekiranya naratif mereka selama ini akan bertukar plot?” soalnya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Dalam pada itu, Shabery merakamkan ucapan tahniah kepada Ahli Parlimen Subang, Wong Chen kerana mula bersuara mengenai isu 1MDB.

“Saya berharap Perdana Menteri keempat dan ketujuh (Tun Dr Mahathir Mohamad) serta kelapan (Tan Sri Muhyiddin Yassin) , di samping Ahli Parlimen Gelang Patah (Lim Kit Siang) dan Port Dickson, jangan lambat sangat bersuara,” katanya.

“Gabungan Pilihan Raya Bersih (BERSIH) boleh siap-siap ke jalan raya apabila keadaan mengizinkan,” katanya, sinis.

Jumaat lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan, Jabatan Hal Ehwal Komersil Singapura telah membuat pemulangan wang milik bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC International Sdn Bhd, Nik Faisal Ariff Kamil kepada kerajaan Malaysia, menerusi Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset milik Kementerian Kewangan Malaysia berjumlah AS$$ 864,813.27 (RM3,631,350.92).

Kerajaan Singapura juga telah membantu dalam pemulangan aset sebanyak AS$15.4 (RM64.66) juta kepada Malaysia melibatkan akaun Cutting Edge Industries Ltd. milik Tawfiq dan Samuel Goh.

Bekas Gabenor Bank Negara itu juga merupakan antara saksi dalam perbicaraan rasuah 1MDB membabitkan Datuk Seri Najib Razak. - Getaran, 23 November 2021.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka