web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tambang Ke Sarawak Mahal, Syarikat Penerbangan Diminta Turunkan Harga

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 25 Nov 2021 5:50PM

Alexander melihat barang-barang tempatan di SpeedMart pada Majlis Perasmian Pembukaan Cawangan ke 2000 99 SpeedMart di Jalan Sentul Perdana, Kuala Lumpur. - Gambar oleh Rubini Nagarajah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Syarikat penerbangan perlu menimbangkan kemungkinan menurunkan harga tiket ke Sarawak bagi menggalakkan anak watan negeri itu pulang mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, 18 Disember depan.

Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, harga tiket yang terlalu mahal dibimbangi akan mempengaruhi atau menjadi halangan buat anak perantau untuk pulang mengundi.

“Saya merayu semua syarikat penerbangan sama ada Malaysia Airlines, AirAsia atau pun Malindo, tolonglah kurangkan harga tambang penerbangan.

“Saya merayu bukan untuk rakyat Sarawak sahaja tetapi juga ramai lagi orang lain yang perlu untuk berulang-alik dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan cawangan ke-2,000 99 Speedmart di Puncak Sentul di sini hari ini.

Menurut beliau, semua syarikat penerbangan di negara ini perlu menyemak semula harga tambang tiket penerbangan yang dianggap amat tidak masuk akal.

Dalam perkembangan lain Alexander berkata, PBB akan mengetengahkan 10 hingga 20 peratus calon baharu bagi mewakili parti tersebut dalam PRN Sarawak.

“Boleh dikatakan pada setiap pilihan raya pada masa sebelum ini kita sentiasa perkenalkan muka baharu bagi menggantikan mereka yang sudah lama dan ada juga (penyandang) dengan rela hati hendak mengundurkan diri.

“Kita selalunya akan bawa lingkungan 10 hingga 20 peratus muka baharu daripada keseluruhan Dewan Undangan Negeri (DUN) (ditandingi PBB) dan saya difahamkan bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS) juga akan melakukan begitu,” katanya.

Jelas beliau, sudah menjadi tradisi bagi parti berkenaan untuk memperkenalkan muka baharu bagi menggantikan DUN terdahulu pada setiap pilihan raya.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya menerusi sidang media khas menetapkan PRN Sarawak ke-12 diadakan pada 18 Disember depan manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing akan dilaksanakan pada 6 Disember serta 14 Disember. - Getaran, 25 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

4

Sukan 1 bulan yang lalu

SUKMA 2024: Sarawak Terus Cemerlang, Dahului Carta Kutipan Pingat

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 19 minit yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 2 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 2 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini