web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Polis Negeri Sembilan Tumpaskan Sindiket Edar Dadah Di Zon Selatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2021 11:38AM

Dadah bernilai hampir RM1 juta dirampas dalam serbuan di Negeri Sembilan dan Melaka. - Gambar dari PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR: Polis Negeri Sembilan menumpaskan sindiket pengedaran dadah di zon selatan selepas menahan lima individu termasuk seorang wanita warga negara Vietnam dalam empat siri serbuan.

Selain itu, polis turut merampas pelbagai jenis dadah bernilai hampir RM1 juta dalam serbuan bermula Ahad lalu di Negeri Sembilan dan Melaka.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mad Yusop, berkata aktiviti pengedaran dadah kumpulan ini terbongkar dalam rondaan cegah jenayah Op COVID-19 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson apabila menjalankan pemeriksaan terhadap sebuah kereta jenis Volkswagen di Jalan Sua Betong Air Kuning, Linggi.

Katanya, hasil pemeriksaan, polis menemui dadah jenis syabu dengan berat kasar 0.8 kilogram sebelum menahan pemandunya seorang lelaki yang mempunyai 18 rekod membabitkan kes narkotik dan jenayah.

“Susulan daripada tangkapan itu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Negeri Sembilan menyerbu sebuah rumah di kawasan Taman Tanjung dan menahan dua individu seorang lelaki dan seorang wanita warga negera Vietnam.

“Polis juga menemui pelbagai jenis dadah iaitu syabu (23.21 Kg), ketamin (20 gram), Eramin 5 (1 gram) dan pil estacy (1 gram),” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, hari ini.

Selain rampasan dadah, polis turut menemui sepucuk pistol angin tiruan bertulis WET5168, satu kelopak peluru dan satu peket plastik lutsinar mengandungi bebola besi.

Menurut Mohamad lagi, suspek lelaki ditahan memiliki 18 rekod membabitkan kes narkotik dan jenayah manakala wanita warga negara Vietnam terbabit tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau.

Beliau berkata, susulan daripada itu, JSJN Negeri Sembilan membuat dua lagi serbuan di Taman Mengkuang, Masjid Tanah dan Taman Bertam Perdana, Melaka sebelum menahan dua lagi lelaki berusia 53 dan 54 tahun.

Katanya, dalam kedua-dua serbuan di Melaka itu, polis merampas 1.82 kilogram syabu dan 4.9 gram ketamin.

“Kedua-dua suspek masing-masing mempunyai 13 dan satu kes jenayah lampau membabitkan kes narkotik,” katanya.

Menurut Mohamad, ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap semua suspek yang ditahan mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine.

“Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas adalah berjumlah RM932,288.40 mengikut nilai pasaran semasa. Semua suspek direman bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – Getaran, 4 Mac 2021

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

‘Tak Mungkin Ada Kerjasama Antara PAS Dan UMNO’ - Ahmad Zahid

oleh Wartawan Getaran

Sukan 1 hari yang lalu

Selangor Mara Ke Separuh Akhir Piala FA Selepas Tempuh Aksi Dramatik

Semasa 11 jam yang lalu

Bom Mortar Dijumpai Dalam Rumah Sewa

Semasa 6 jam yang lalu

‘Persembahan Untuk Maal Hijrah Berdasarkan Tafsir Ilmi Kejadian Langit Dan Bumi’ - JAKIM

oleh Sophia Ahmad