web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pamer Aksi Berbahaya, 8 Penunggang Motosikal Dicekup 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Nov 2021 2:17PM

8 remaja ditahan dalam Operasi Khas Samseng Jalanan oleh Unit Risikan Operasi JSPT Bukit Aman, tengah malam tadi. - Gambar dari Facebook Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menahan lapan remaja kerana melakukan aksi berbahaya di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban dan Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite), tengah malam tadi.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, Operasi Khas Samseng Jalanan oleh sepasukan Unit Risikan Operasi JSPT Bukit Aman itu bermula jam 12.45 tengah malam.

“Tangkapan pertama melibatkan empat penunggang motosikal selepas dikesan melakukan aksi menundukkan badan, 'zig-zag' dan bersaing sesama sendiri di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban.

"Susulan itu, kami mengesan dua lagi penunggang motosikal yang melakukan aksi 'superman' di Lebuhraya Elite sebelum mereka berjaya ditahan kira-kira jam 1.35 pagi,” katanya hari ini.

Mohd Nadzri berkata, operasi seterusnya berjaya menahan dua lagi penunggang kira-kira jam 2.20 pagi setelah dikesan melakukan aksi menundukkan badan,' superman' dan 'zig-zag' di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban.

Beliau memberitahu, semakan awal mendapati, dua penunggang terbabit berusia 16 dan 17 tahun dan masih bersekolah.

"Kesemua motosikal dari jenis Yamaha Lagenda 115Z, Yamaha 135LC dan Yamaha 125Z telah disita untuk tindakan lanjut.

"Dipercayai kesemua lapan penunggang terbabit adalah daripada geng yang berlainan dan mereka melakukan aksi berbahaya itu ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menjamu selera di Seremban," katanya.

Tegas beliau, kesemua yang berusia antara 16 dan 22 tahun telah dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai dan Sepang untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. - Getaran, 28 November 2021.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 2 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 12 minit yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah