web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Guna Bahasa Melayu Sebagai Umpan Politik, Sentimen Perkauman

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Nov 2021 6:09PM

Lee Chean Chung

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar pihak swasta, syarikat milik kerajaan (GLC) dan agensi kerajaan mengutamakan penggunaan bahasa Melayu menunjukkan kegagalan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam mendaulatkan bahasa kebangsaan.

Bendahari Agung PKR, Lee Chean Chung berkata, kerajaan ‘Keluarga Malaysia’ adalah kesinambungan daripada gabungan itu yang telah memerintah negara sejak merdeka dan isu bahasa Melayu selalunya digunakan sebagai umpan politik bagi memainkan sentimen perkauman.

Menurut beliau, tanpa kejujuran elit politik, termasuk Perdana Menteri dan golongan menteri, maka selamanya bahasa kebangsaan akan dilihat sebagai ‘bahasa kelas kedua’ walaupun berada di tanah air sendiri.

“Ia bukanlah salah orang Melayu, Cina, India atau mana-mana kaum, tetapi dosa akibat ketidakjujuran elit politik penguasa yang menjadi Bahasa Melayu bukan sebagai perjuangan, tetapi sebagai api sentimen perkauman.

“Isu ini hanya ditimbulkan apabila menjelang pilihan raya bagi menggamit sokongan teras Melayu, tanpa pedulikan kesan negatif iaitu prejudis antara kaum dan kesenjangan elit serta rakyat kebanyakan. Itu bukanlah ruh atau semangat Bahasa Melayu diangkat sebagai Bahasa Kebangsaan,” katanya, hari ini.

Sehubungan itu, Chean Chung yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu berkata, PKR yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah konsisten dan istiqamah dalam memperjuangkan teras kebangsaan di semua peringkat.

“Inilah perjuangan nasionalis sejati sejak sebelum tanahair merdeka lagi, yang diwarisi di dalam perjuangan Reformasi.

“Seruan Perdana Menteri agar GLC perbanyakkan penggunaan Bahasa Melayu menunjukkan kegagalan kerajaan sendiri untuk mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa korporat dan bahasa industri selepas negara ini dikuasai lebih 60 tahun oleh kelompok elit UMNO dan BN,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mencadangkan agar Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), khasnya Jabatan Pembinaan dan Pengembangan Bahasa dan Sastera memartabatkan bahasa Melayu di samping berterusan menterjemahkan karya-karya klasik antarabangsa secara berterusan.

“Memantapkan penterjemahan buku ilmiah, industri dan komersil terkini kepada Bahasa Melayu seperti Bansho Shirabesho atau Institut Penterjemahan Buku Asing yang ditubuhkan sejak Zaman Tokugawa tahun 1855.

“Selain itu, kerajaan perlu memperbanyakkan program memupuk minat membaca di perpustakaan di peringkat negara, negeri dan tempatan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Dr Mohamad Saleeh Rahamad menggesa Ketua Setiausaha Negara mengeluarkan semula pekeliling rasmi bagi mengulangi arahan mewajibkan penggunaan bahasa Melayu.

Menurut beliau, ini perlu dilaksanakan seperti yang sudah termaktub kedaulatannya dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, namun dilihat pemerkasaan Bahasa rasmi negara semakin merosot nilainya di mata rakyat.

“Audit bahasa pernah dilaksanakan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), namun tidak berkesan kerana tiada pihak diberi kuasa untuk mengambil tindakan menghukum pihak yang mengabaikan arahan berkenaan.

“Sepatutnya hasil daripada pemantauan audit bahasa disusuli tindakan agar usaha terbabit tidak berlalu sia-sia. Saya berharap agar usaha pemerkasaan bahasa Melayu di pentas antarabangsa dilakukan dengan lebih giat,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Saleeh berpandangan, pengembangan dan pemantapan bahasa Melayu di luar negara hendaklah dilaksanakan dengan lebih gigih oleh DBP selain tindakan Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, melalui pelbagai program dirancang bersama.

Beliau berkata, PENA juga berharap agar Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menguatkuasakan pembelajaran bahasa Melayu kepada pelajar dan tenaga akademik asing di universiti awam negara ini.

“Bukan sekadar mewajibkan pengambilan kursus (bahasa Melayu), bahkan perlu memastikan mereka boleh menguasainya.

“Langkah ini akan menjadikan bahasa Melayu mendapat nilai ekonominya apabila semua pihak mahu mempelajarinya.

“Mereka kemudian akan menjadi duta bahasa Melayu apabila kembali ke negara masing-masing,” katanya lagi.

Terdahulu, Perdana Menteri menegur agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta di negara ini kerana lebih mengutamakan penggunaan bahasa Inggeris dalam majlis, mesyuarat, persidangan, projek dan produk mereka. - 30 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Arab Saudi Lancar 15 Garis Panduan Haji Dalam 16 Bahasa Termasuk Bahasa Melayu

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Dana RM700 Juta: 'Ya, Kami Ambil Keterangan Ismail Sabri' - SPRM

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Penguasaan Bahasa Melayu Kekal Syarat Asas Permohonan Taraf Kewarganegaraan - KDN

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Warga Malaysia Ajar Fardu Ain, Bahasa Melayu Percuma Kepada Kanak-Kanak Thailand

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki