web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Op Khas Nombor Pendaftaran, PDRM Keluar 74,437 Saman

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2021 9:20PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis mengeluarkan 74,437 saman atas pelbagai kesalahan menerusi Op Khas (Nombor Pendaftaran) di seluruh negara selama sebulan berakhir 30 November lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim berkata, penunggang motosikal mencatatkan bilangan kesalahan tertinggi, berdasarkan perbandingan jumlah saman mengikut jenis pengguna jalan raya.

"Sebanyak 17,035 saman dikeluarkan bagi kesalahan nombor pendaftaran tidak mengikut peraturan, 7,874 bagi nombor pendaftaran yang 'fancy' atau tidak mengikut spesifikasi, 2,112 kerana tidak memiliki nombor pendaftaran manakala 49,528 lagi bagi lain-lain kesalahan.

"Daripada jumlah saman tersebut, 12,318 atau 49.45 peratus dikeluarkan kepada pemilik motosikal membabitkan kesalahan  nombor pendaftaran," katanya hari ini.

Menurut beliau, 10,549 saman atau 42.35 peratus atas kesalahan sama dikeluarkan kepada pemandu kereta, 300 atau 1.2 peratus kepada pemandu lori, 942 atau 3.78 peratus terhadap kenderaan pacuan empat roda dan 800 saman atau 3.21 peratus terhadap lain-lain kenderaan.

Mat Kasim juga memberitahu, 11 individu ditahan sepanjang operasi itu mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 manakala tiga lagi ditahan di bawah Kanun Keseksaan .

"Dua puluh lagi ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya dan seorang individu atas lain-lain kesalahan," ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya turut menyita 111 kenderaan mengikut Seksyen 64(1) APJ 1987.

Katanya, kenderaan yang disita boleh dituntut selepas identiti pemandu dan kenderaan dikenal pasti, manakala kesalahan dilakukan dihentikan dan dilepaskan oleh mahkamah.

"Op Khas (Nombor Pendaftaran) bertujuan mendidik pemilik dan pengguna kenderaan supaya sentiasa mengikut peraturan, selain memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.

"Kesemua operasi sekatan jalan raya, rondaan cegah kemalangan dan pemantauan berkala oleh petugas trafik di laluan utama serta taman perumahan akan terus ditingkatkan bagi mengesan pengguna jalan raya yang mempamerkan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi," katanya.

JSPT katanya juga akan mengekalkan konsep 'zero tolerance' (tiada tolak ansur) dan 'strike force' (penguatkuasaan penuh) di kawasan yang menjadi tumpuan ramai.

"Ia strategi utama bagi mengesan kenderaan yang diubah suai dan mempamerkan nombor pendaftaran 'fancy' tanpa mengikut spesifikasi ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)," katanya.

Mat Kasim turut menasihatkan pemilik kenderaan supaya segera menukar dan mempamerkan nombor pendaftaran mengikut spesifikasi, kerana kegagalan berbuat demikian akan membawa kepada tindakan saman serta pertuduhan di mahkamah.

"Sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 14 (4) APJ 1987 dibaca bersama Seksyen 119 akta yang sama," katanya. - Getaran, 6 Disember 2021.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 2 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'