web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Perlu Henti Agungkan Bahasa Inggeris 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2021 8:22AM

Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Agensi kerajaan perlu menghentikan sikap mengagungkan bahasa Inggeris atau mengutamakan bahasa tersebut berbanding jati diri dalam mengekalkan martabat bahasa kebangsaan.

Penganalisis politik Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah berkata, peningkatan penggunaan bahasa Inggeris di dalam kehidupan harian mahupun acara rasmi berpunca daripada pemikiran dan tingkah laku.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan bagaimana Malaysia, yang merupakan negara asal kepada bahasa Melayu tidak mempunyai identiti sendiri apabila penggunaan bahasa Inggeris lebih didaulatkan. 

“Agenda hidup bernegara langsung tidak didaulatkan. Adakah dengan meletakkan nama dalam bahasa Inggeris ini akan menjadikan kita pandai berbahasa Inggeris atau maju. Naif dan cetek sangat jika kita anggap meletakkan tanda barat menjadikan kita pandai (dalam) bahasa berkenaan.

“Ini menjadikan tenggelamnya semua jati diri, asal-usul bangsa dan negara. Kenapa nama-nama Melayu langsung tidak didaulatkan. Jika kita semua benar-benar sayangkan negara ini, kenapa tidak cadangkan nama yang mempunyai jati diri,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Ridhuan berpandangan, tindakan mengagungkan bahasa Inggeris juga membuktikan kedudukan bahasa kebangsaan dan Jawi sangat hina di mata golongan ‘ultra kiasu’.

“Sebab itu, mereka (ultra kiasu) menentang apa jua identiti termasuk Jawi. Kenapa nama Melayu langsung tidak didaulatkan. 

“Salah siapa? Kenapa sebuah negara asal-usulnya bernama Tanah Melayu, berakhir dengan hilangnya identiti dan jati diri Melayu?” soalnya.

Beliau juga mengakui pernah menegur pihak berkuasa tempatan (PBT) di Terengganu kerana menggunakan nama dan papan tanda serta tanda arah jalan dalam bahasa Inggeris namun masih belum mendapat jawapan.

Justeru, Mohd Ridhuan tidak menolak kemungkinan agenda kebangsaan sebenarnya dirosakkan pemimpin Melayu itu sendiri.

“Terbaharu, isu papan tanda jawi dan Bahasa Melayu, tanpa meletakkan karakter Cina. Perkara kecil sahaja, soal karakter bahasa Cina tidak diletakkan dalam papan, sedangkan sekolah Cina beroperasi seratus peratus kecinaan.

“Sebab itu, mereka (ultra kiasu) akan tentang habis-habisan jika identiti negara dilaksanakan termasuk pengajaran Jawi tiga muka surat. Orang atau bangsa lain hanya mengambil kesempatan, Insaflah wahai Melayu. Kamu nak buang ke mana DNA Melayu itu dengan hidup berpura-pura menjadi orang lain,” katanya.

Dr Teo Kok Seong
Dr Teo Kok Seong

Sementara itu, Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong berpandangan, penggunaan bahasa asing itu yang meluas tidak akan berlaku jika masyarakat memiliki sikap positif terhadap bahasa Malaysia selaku bahasa kebangsaan.

Beliau menegaskan, ini kerana sudah tertanam sifat jati diri yang tinggi bagi memartabatkan penggunaan bahasa Malaysia.

“Tidak dapat dinafikan bahawa bahasa Inggeris mempunyai kuasa, prestij dan glamor yang jauh lebih tinggi daripada bahasa Malaysia, namun kalau kita memiliki sikap positif terhadap bahasa negara kita, saya pasti bahasa kebangsaan akan meluas.

“Disebabkan kekuatan hati dan kekentalan jiwa kita tidak kuat malah rendah dari segi jati diri, maka sikap kita juga didapati akan menjadi negatif walaupun terhadap bahasa sendiri kerana lebih mementingkan bahasa lain,” katanya. – Getaran, 7 Disember 2021.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka