web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Agong Dirayu Guna Kuasa Wewenang Buat Sidang Parlimen

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2021 4:36PM

Anwar Ibrahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Al Sultan Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dirayu untuk menggunakan kuasa wewenang dan menitahkan agar Parlimen diadakan pada kadar segera.

Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kuasa wewenang baginda itu adalah selaras dengan Seksyen 14 (1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 dibaca bersama Perkara 40 (2) Perlembagaan Persekutuan.

Menurut beliau, sidang Parlimen perlu diadakan pada kadar segera bagi membentangkan beberapa perkara yang dianggap kritikal, termasuk Pengisytiharan Darurat serta Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 bagi memastikan prinsip hak asasi manusia, kebebasan masyarakat madani, ketulusan dan kedaulatan undang-undang dapat dipelihara.

“Sidang berkenaan juga membolehkan perbincangan terperinci dapat diadakan berhubung keberkesanan langkah, dalam membendung penularan pandemic COVID-19, demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat, termasuk jadual imunisasi.

“Sesi itu akan digunakan sebaiknya bagi membincangkan keberkesanan pelaksanaan Belanjawan 2021, demi memastikan kelangsungan hidup rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana (B40 dan M40),” katanya hari ini.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan berkata, perkenan baginda dalam melaksanakan sesi Parlimen itu akan membolehkan sidang Dewan Rakyat menghalusi keberkesanan ikhtiar pemulihan ekonomi negara semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ahli Parlimen Port Dickson itu turut menzahirkan kekecewaan, atas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berhubung nasihat yang disampaikan kepada Yang Dipertuan Agong, semalam.

Nasihat Takiyuddin selaku wakil Jemaah Menteri itu katanya, adalah amat menghampakan kerana bertentangan dengan pandangan dan titah baginda.

“Demi menegakkan prinsip Keluhuran Perlembagaan dan membolehkan Parlimen memainkan peranan yang wajar dalam memastikan semak dan imbang, kami dengan penuh tawadhu’ memohon ihsan dan kebijaksanaan Seri Paduka Baginda untuk menggunakan kuasa wewenang itu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Anwar turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan, atas kejayaan merealisasikan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan pengorbanan dicurahkan semua petugas barisan hadapan.

“Mereka menyumbang tenaga tanpa mengira masa dan penat, semata-mata untuk memerangi wabak COVID-19,” katanya. – Getaran, 5 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Basikal Raleigh Chopper Agong Antara Tarikan Pameran Raja Kita

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Agong Terima Menghadap Sheikh Al-Azhar

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Istiadat Pertabalan Agong Ke-17 Imbau Nostalgia Peribadi Sultan Ibrahim

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Agong Zahir Kata-Kata Semangat Untuk Kontinjen Olimpik, Paralimpik Negara 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang