web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


3 Lelaki Ditahan, Kumpulan Yuva Tumpas

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Dec 2021 2:31PM

Shafa’aton bercakap pada sidang media. - Gambar dari Facebook Polis Sungai Buloh

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI BULOH - Polis menahan tiga lelaki yang dipercayai bergiat aktif melakukan jenayah samun dan pecah rumah serta premis perniagaan di sekitar Rawang dan Sungai Buloh pada 28 November hingga 3 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, pihaknya yakin berjaya menumpaskan kumpulan Yuva yang aktif menyamun sejak September lalu dengan tangkapan terbaru itu.

“Kesemua lelaki berusia 24 hingga 32 tahun itu ditahan secara berasingan menerusi Ops Khas Kuang di tiga lokasi berasingan.

“Kita turut merampas sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback, tablet, sebuah televisyen, sebuah unit pemprosesan komputer, dua telefon bimbit dan beberapa peralatan yang disyaki digunakan untuk melakukan jenayah,” katanya hari ini.

Jelas beliau lagi, modus operandi kumpulan yang bergiat aktif sejak September lalu adalah menyamar sebagai pelanggan sebelum menyamun mangsa.

“Kumpulan itu juga menggunakan kenderaan curi untuk melakukan jenayah.

“Hasil daripada kegiatan samun dan pecah rumah itu akan dijual dan hasil jualan akan dibahagikan dalam kalangan ahli kumpulan,” jelasnya.

Tambah Shafa’aton, polis berjaya menyelesaikan sebanyak 10 kes samun dan pecah rumah iaitu sembilan di Sungai Buloh dan satu di Gombak susulan tangkapan kumpulan ini.

“Semakan mendapati kesemua suspek yang ditahan itu mempunyai rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah,” ujarnya.

Shafa’aton berkata, dua daripada suspek masih direman, manakala seorang lagi telah diserahkan ke IPD Tampin bagi membantu siasatan berkaitan kes langgar syarat Akta Pencegahan Jenayah (POCA).

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397, 457 dan 379 A Kanun Keseksaan,” katanya. - Getaran, 10 Disember 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 18 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi