web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Langgar SOP, Penganjur Program 100 Hari AKM Dikompaun RM1,000

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Dec 2021 6:00PM

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir pada Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penganjur Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dikenakan kompaun berjumlah RM1,000 selepas gagal memastikan pelaksanaan penjarakan fizikal di kalangan pengunjung.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, kompaun tersebut dikenakan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit (Akta 342) akibat gagal memastikan kepatuhan kepada operasi standard (SOP) pencegahan penularan COVID-19.

“Kompaun RM1,000 itu adalah nilai kompaun maksimum boleh dikenakan kepada individu dan pertubuhan atau organisasi yang diguna pakai selepas pengungkaian Ordinan-Ordinan Darurat di Dewan Negara pada 8 Disember lalu,” katanya.

Serentak dengan itu beliau berkata, kaunter diskaun pembayaran saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang disediakan di KLCC juga ditutup serta-merta bermula petang ini.

Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia dianjurkan Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (Sepadu) Jabatan Perdana Menteri dan dilancarkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam.

Mengulas lanjut Khairy berkata, penganjuran majlis yang sepatutnya mempamerkan pencapaian 100 hari kerajaan serta semua kementerian dan agensi terbabit, dicemari dengan kegagalan penganjur untuk memastikan kepatuhan kepada SOP dan kegagalan pengunjung untuk mematuhi SOP ditetapkan.

“Penganjuran majlis rasmi kerajaan seumpama ini sepatutnya memberikan contoh yang terbaik dan menjadi teladan serta penanda aras kepada agensi lain termasuk bukan kerajaan serta orang ramai.

“Ia bukan sahaja mencakupi aspek pelaksanaan program, tetapi juga pematuhan SOP dan peraturan lain yang ditetapkan,” ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai penutupan kaunter pembayaran saman PDRM, beliau berkata, maklumat lanjut mengenai kaedah pembayaran saman dan tawaran diskaun akan dimaklumkan oleh pihak berkaitan.

Tambah Khairy, kejadian itu amat dikesali dan mengecewakan, apatah lagi penganjur sebelum ini sudah menyatakan komitmen untuk memastikan program berkenaan dianjurkan dengan pematuhan SOP yang ketat.

“KKM akan terus memantau perjalanan program ini dan tidak akan teragak-agak mengeluarkan lagi kompaun kepada pihak penganjur sekiranya gagal memastikan pematuhan SOP.

“Sebagai sebuah kerajaan, kita seharusnya menunjukkan teladan serta amalan terbaik kepada seluruh masyarakat.

“Kita mestilah berpegang kepada standard yang sama dikenakan ke atas rakyat,” katanya.

Semalam, foto memaparkan pengunjung bersesak di dewan pameran KLCC tular di media sosial, sekali gus mencerminkan perlanggaran SOP yang ketara sehingga menimbulkan kecaman ramai. - Getaran, 10 December 2021.

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 8 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 8 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 18 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 2 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad