web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


SPRM Tahan Presiden PBK Seperti ‘Gangster’

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2021 3:52PM

Seorang pegawai SPRM berada diluar kereta Lee Shan untuk menyerahkan notis kepadanya.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Bumi Kenyalang (PBK), Voon Lee Shan mendakwa “ditahan” Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.

Tindakan penguat kuasa itu dikongsikan oleh Lee Shan menerusi video di Facebook miliknya, yang mendakwa dia diberhentikan pegawai penguat kuasa ketika sedang memandu.

Beliau juga memaklumkan, kunci keretanya diambil dan dikelilingi sekurang-kurangnya empat pegawai suruhanjaya tersebut ketika kejadian.

“Saya rasa saya dalam bahaya. Nyawa saya terancam. Saya tidak tahu sama ada mereka ialah perompak atau apa. Mereka tidak menunjukkan sebarang pengenalan diri. Saya terkejut, saya tak rasa selamat sekarang.

“Mereka sepatutnya hubungi saya, bukannya memberhentikan kereta saya seperti ini. Ia tidak wajar,” katanya, hari ini.

Menerusi video berbeza, seorang daripada pegawai berkenaan didengar memaklumkan kepada Lee Shan yang mereka hanya menjalankan tugas untuk menyerahkan notis kepadanya bagi pemeriksaan SPRM.

“Jadi, kami menyerahkan notis ini kepada anda, anda perlu datang dengan kami ke pejabat SPRM,” katanya.

Lee Shan menerusi video kedua memaklumkan akan bekerjasama dengan SPRM sekiranya beliau dihubungi terlebih dahulu untuk hadir ke ibu pejabat berbanding ditahan di tengah jalan.

Dalam pada itu, Pengarah Pilihan Raya PBK, Raymond Thong turut mengesahkan Lee Shan kini berada di Ibu Pejabat SPRM untuk disoal siasat.

Beliau menegaskan, tindakan yang diambil SPRM adalah tidak wajar kerana surat kehadiran untuk disoal siasat perlu disampaikan kepada presiden parti secara peribadi.

“Mereka sepatutnya menyampaikan surat itu dan bukannya mengekori serta menghalang di tepi jalan. Ini adalah tindakan ugutan yang jelas.

“Tiada alasan diberikan mengapa beliau dipanggil untuk disoal siasat dan setakat ini kami ada mendengar bahawa seseorang telah membuat laporan terhadapnya.

“Melakukan perkara sedemikian sebelum hari mengundi mungkin satu cara untuk melemahkan semangat dan mengurangkan kekuatan kempen kami pada hari mendatang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menafikan pihaknya menahan Presiden Parti Bumi Kenyalang (PBK), Lee Shan di Kuching, pagi tadi.

“Tidak benar (Lee Shan ditahan). Beliau diminta hadir untuk dirakam percakapan,” katanya ringkas tanpa menjelaskan sebab pemimpin itu dipanggil SPRM. - Getaran, 12 Disember 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

2

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

4

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 20 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi