web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Hari Wanita Antarabangsa 2021, Kejayaan Wanita Perlu Diraikan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2021 7:40PM

Ras Adiba Radzi (kiri) dan Nurul Izzah Anwar memberikan pandangan ketika sesi seminar maya (webinar) anjuran The Vibes di Kuala Lumpur.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR : Apakah wanita Malaysia benar-benar berjaya di abad ke-21 ini?

Atau adakah golongan terbabit masih bergelut untuk mendaki ‘tangga peluang’ yang sama?

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar berkata, kemajuan wanita di pentas dunia seharusnya diraikan, tanpa mengambil kira kedudukan atau darjat mereka.

Menurut beliau, ketidaksamaan jantina antara lelaki dan wanita bukanlah penghalang untuk seseorang  itu berjaya dan memartabatkan nama negara.

“Pelbagai isu akan dapat ditangani dengan mudah apabila wujud kerja berpasukan antara satu sama lain,” katanya pada sesi seminar maya (webinar) anjuran The Vibes di sini hari ini.

Selain Nurul Izzah, webinar yang membawa tajuk “Challenging Gender Inequality: Are Malaysian Women Truly Empowered?” itu, turut menampilkan Pengerusi BERNAMA, Senator Datuk Ras Adiba Radzi, pengasas pertubuhan bukan kerajaan (NGO),Refuge for Refugees, Heidi Quah dan Ketua Pegawai Operasi PSMB, Ariff Farhan Doss, dengan Editor Gaya Hidup dan Kebudayaan The Vibes, Shazmin Shamsuddin sebagai moderator.

Sementara itu, Ras Adiba yang berkongsi perjalanan hidupnya sebagai individu kelainan upaya (OKU) berkata, pengalaman didiskriminasi kerana keadaan diri tidak mematahkan semangatnya untuk terus memperjuangkan golongan berkenaan.

“Sebagai wanita OKU, saya pernah melalui pengalaman hidup apabila wujud diskriminasi mengenai status diri, termasuk sebelum ini.

“Namun ia sedikit pun tidak pernah mematahkan semangat, malah saya bersyukur apabila diberikan peluang memperkasakan golongan yang senasib,” katanya.

Gerakan feminisme dan kesaksamaan jantina sudah  wujud di negara ini sejak 1920, ketika emansipasi (pemberian hak yang sama dalam hukum dan undang-undang) kepada golongan terbabit pertama kali didokumentasikan sebagai subjek politik dan sosial.

Seminar yang bersiaran selama sejam, menggunakan aplikasi Zoom itu turut ditonton lebih 10,000 pengguna di pelbagai saluran media sosial, dan ia turut memberi ruang kepada peserta untuk mengajukan soalan kepada barisan ahli panel, jika mereka menonton melalui Zoom.

Ia diadakan sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa, yang akan disambut 8 Mac depan. – Getaran, 5 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 9 bulan yang lalu

BN Masih Berpeluang Di Pelangai Walau Berdepan Tentangan Sengit - Penganalisis

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Sorotan Kes Ahli Politik Digugurkan Mahkamah: Daripada Lim Guan Eng Hingga Muhyiddin Yassin 

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Anwar Dikerumuni Penyokong Dinobat Foto Terbaik HKM, ‘Hadiah Untuk The Vibes’ – Sairien

4

Semasa 1 tahun yang lalu

HAWANA 2023: Fahmi, Timbalan Lawat Gerai Pameran The Vibes, Getaran

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Suami Isteri, Anak Nyaris Lemas Kereta Terhumban Dalam Sungai

Semasa 1 hari yang lalu

Harimau Belang Mati Dilanggar Kereta Diawet – PERHILITAN

Semasa 16 jam yang lalu

Belia, NGO Perlu Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa - PM

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Mufti Pulau Pinang, Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Penerima Tokoh Maal Hijrah