web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penerima Sinovac 18 Tahun Ke Atas Perlu Ambil Dos Penggalak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2021 5:33PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Warga emas dan penerima vaksin Sinovac berusia 18 tahun ke atas perlu mendapatkan dos penggalak masing-masing selewat-lewatnya Februari tahun depan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, sekiranya gagal, status vaksinasi mereka akan ditukarkan menjadi tidak lengkap.

“Usaha ini adalah selari dengan cadangan dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melalui Strategic Advisory Group of Experts on Immunisation (SAGE).

“Malah cadangan ini telah disahkan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 - Booster (CITF-B) pada 8 Disember lalu,” katanya hari ini.

Menurut beliau, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega akan diwujudkan semula bagi mempercepatkan pelaksanaan program pemberian dos penggalak.

Katanya, langkah ini akan dimulakan di Lembah Klang sebagai persediaan tambahan bagi mengekang penularan COVID-19 selepas kemasukan kes kedua varian Omicron yang diumumkan hari ini.

“Sekiranya kumpulan individu yang dinyatakan masih tidak mendapatkan suntikan dos penggalak selepas bulan Februari 2022, status vaksinasi akan ditukarkan menjadi tidak lengkap.

“Ia akan menyebabkan individu tersebut tidak layak untuk menerima semua kemudahan yang diberikan kepada penerima dos lengkap vaksin COVID-19,” ujarnya.

Untuk rekod, setakat pada 15 Disember, sebanyak 4,107,585 suntikan dos penggalak telah diberikan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.- Getaran, 16 Disember 2021.

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 8 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 8 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 18 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah