web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Banjir Besar, 4 Loji Rawatan Air Ditutup di Selangor

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Dec 2021 1:12PM

LRA Semenyih 2 - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Empat loji rawatan air (LRA) terpaksa dihenti tugas berikutan peningkatan paras sungai yang mengakibatkan banjir.

Jurucakap Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan, penutupan di LRA Semenyih 2, LRA Sg Langat, LRA Langat 2 dan LRA Cheras Batu 11 itu juga ditutup selepas bekalan elektrik kecemasan dihentikan, semalam.

Bagi LRA Semenyih 2, Air Selangor memaklumkan, operasi telah dimulakan manakala bekalan air bersih akan disalurkan semula kepada pengguna di kawasan yang terjejas secara berperingkat, dan dijangka pulih sepenuhnya menjelang jam 10 malam, hari ini.

“Bagi LRA Sg Langat, operasi telah dimulakan sepenuhnya. Proses pemulihan bekalan akan diumumkan kelak. Bagi LRA Langat 2, proses pengepaman air mentah telah dimulakan.

“Bagi LRA Cheras Batu 11, proses pembersihan loji rawatan air berikutan insiden banjir sedang dilaksanakan. Jangkaan untuk LRA Cheras Batu 11 beroperasi sepenuhnya masih belum dapat dipastikan buat masa ini,” katanya, hari ini

Sehubungan itu, menerusi kenyataan tersebut, Air Selangor akan memastikan semua peralatan di loji rawatan air berada dalam keadaan baik dan boleh beroperasi tanpa membahayakan keselamatan kakitangan, khususnya melibatkan arus elektrik.

“Bantuan alternatif melalui lori tangki air masih lagi digerakkan secara berperingkat ke semua kawasan terjejas, dengan keutamaan diberikan kepada premis kritikal sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

“Air Selangor juga ingin memohon kerjasama orang ramai untuk mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka semasa mendapatkan bekalan air daripad lori tangki,” katanya. - Getaran, 20 Disember 2021.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki