web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hukum Makan Hidangan Dimasak Bukan Islam, Ini Penjelasan Bekas Menteri Agama

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Dec 2021 4:44PM

Zulkifli menyeduk kuah kari yang disediakan di Gurdwara Sahib Petaling Jaya.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Banjir melanda Malaysia, dengan negeri dengan Selangor antara yang terjejas teruk, ternyata memberi 1,001 hikmah.

Hampir setiap hari, ada sahaja bantuan dihulurkan kepada mangsa, tanpa mengira batas agama atau bangsa.

Meskipun begitu, segelintir netizen tidak ketinggalan mempersoalkan isu bantuan makanan yang dimasak penganut agama Sikh untuk diagihkan kepada mangsa banjir.

Ia berlarutan dengan beberapa kenyataan berbaur perkauman dan menyentuh sensitiviti pihak tertentu, hingga mendorong bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri tampil memberi penjelasan.

Menurut beliau, tidak ada salahnya bagi orang Islam untuk menikmati hidangan dimasak individu beragama lain selagi mana tidak melibatkan haiwan sembelihan.

“Penganut Sikh mengamalkan diet vegetarian. Ini bermakna, mereka sama sekali tidak menjamah daging.

“Hukum Muslim memakan makanan daripada bukan Muslim yang bukan ahli kitab adalah dibolehkan selagi mana tidak melibatkan haiwan sembelihan mereka,” katanya menerusi satu hantaran di Twitter, hari ini.

Menurut Zulkifli, beliau mengenali agama Sikh melalui konsep “seva” iaitu khidmat sukarela tanpa mengharapkan sebarang balasan.

“Dalam Islam, konsep sama juga boleh kita temui iaitu ikhlas, perbuatan sama ada ibadah khusus mahupun umum yang dilakukan hanya kerana Allah SWT.

“Terima kasih kepada Presiden Gurdwara Sahib Petaling Jaya, Awatar Singh Terry dan seluruh ahli jawatankuasa atas jemputan yang disampaikan kepada saya,” katanya.

Zulkifli berkata, beliau turut berkesempatan meninjau proses penyediaan juadah untuk mangsa banjir yang disediakan golongan tersebut.

“Saya dibawa meninjau proses penyediaan juadah untuk mangsa banjir daripada dapur sehingga ke meja bungkusan. Amat bersih dan kemas.

“Saya amat kagum melihat pengurusan sistem agihan bantuan yang melibatkan pelbagai agama dan bangsa. Semuanya tersusun dan lengkap dengan dokumentasi. Ini amat penting bagi menjamin integriti dan profesionalisme,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut bersyukur kerana inisiatif konsep ‘soup kitchen’ masih diteruskan sehingga hari ini.

“Atas insiatif saya bermula tahun lalu ketika menjawat jawatan menteri, konsep ‘soup kitchen’ seperti ini turut dibuat di masjid dan surau di Kuala Lumpur sejak mulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan diberi nama Dapur It’am.

“Alhamdulillah, saya dikhabarkan ia masih diteruskan sehingga hari ini,” katanya.

Pada masa sama, Zulklifli turut melahirkan ucapan terima kasih di atas bantuan yang dihulurkan golongan tersebut.

“Mewakili @MYMuslimElders dan Surau Al-Makrifah, saya berbesar hati menyampaikan sumbangan untuk tujuan penyediaan makanan kepada mangsa banjir.

“Melihat suasana yang penuh muhibah dan harmoni, sewajarnya kita bersyukur menjadi rakyat Malaysia,” katanya.

Sejak Ahad lalu, Gurdwara Sahib di Petaling Jaya bersama puluhan sukarelawan pelbagai kaum, termasuk yang beragama Islam, menyediakan makanan panas untuk diagihkan kepada ribuan mangsa banjir di sekitar Lembah Klang.

Selain makanan, mereka turut menyalurkan bantuan sumbangan orang ramai seperti beras, biskut, susu bayi, lilin, mancis, lampin dan tuala wanita kepada mereka yang terjejas. - Getaran, 22 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Bomba Selamatkan 2 Warga Bangladesh Terperangkap Atas Bumbung Kerana Banjir

2

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Puluhan Kereta Ditenggelami Air Akibat Banjir Kilat Di Penampang

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Penubuhan Institusi Pendidikan Islam Perlu Ikut Prosedur – Tengku Mahkota Pahang

4

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Alahai Kasihannya Kakak Ni, Menangis Takut Banjir

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Banjir Sepanyol: Tiada Rakyat Malaysia Terjejas - Wisma Putra

Semasa 1 hari yang lalu

Tekanan Berterusan Perlu Diberi Kepada Israel, Laksana Gencatan Senjata Dengan Segera - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pukul Pemandu E-Hailing OKU, Pengawal Pengiring VIP Didenda RM1,000