web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Berhati-Hati Ketika Memberi Sumbangan Banjir - Polis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2021 3:30PM

Datuk Mohd Kamarudin Md Din - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pihak polis tidak menolak kemungkinan ada segelintir individu yang mengambil kesempatan dengan bencana banjir ketika ini, membuat kutipan derma bagi kegunaan peribadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Datuk Mohd Kamarudin Md Din, berkata kejadian banjir yang melanda kawasan di beberapa negeri baru-baru ini mengakibatkan kehilangan harta benda dan kerugian terhadap mangsa yang terbabit.

“Kebiasaannya aktiviti kutipan yang bersifat kebajikan ini akan mendapat maklum balas positif daripada rakyat Malaysia.

“Justeru, kami tidak menolak kemungkinan wujudnya segelintir individu mengambil kesempatan berhubung isu banjir untuk membuat kutipan derma bagi kegunaan sendiri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Kamarudin berkata, berdasarkan pemerhatian, pelbagai inisiatif kutipan derma dilancarkan oleh parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), syarikat swasta, individu persendirian dan lain-lain untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa terjejas.

Namun, pihaknya belum menerima sebarang laporan polis berhubung perkara itu setakat ini, namun menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam menyalurkan derma supaya ia benar-benar sampai kepada mereka yang memerlukan.

“Kami sentiasa memantau aktiviti kutipan derma terutama yang dilakukan melalui Internet dan sebarang aktiviti meragukan akan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti penipuan kutipan derma boleh menghubungi CCID Scam Response di talian 03-26101559/1599 atau membuat laporan di mana-mana balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut,” katanya. - Getaran, 24 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 18 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 18 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini