web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


MH370: Genap 7 Tahun Tragedi Berlalu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2021 1:55PM

Seorang wanita berlalu di depan kain rentas yang tertulis mesej solidariti untuk penumpang MH370 semasa satu majlis peringatan di Kuala Lumpur pada 3 Mac 2018. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Acapkali apabila tiba 8 Mac, ada sekelumit perasaan ingin tahu tercetus dalam kalangan waris penumpang dan anak kapal penerbangan Malaysia Airlines MH370, apa sebenarnya yang terjadi kepada pesawat itu tujuh tahun lepas, mengiringi doa dan harapan agar keajaiban akan muncul satu hari nanti.

Ada juga yang sudah tidak mahu mengingatinya dan hanya berserah kepada Tuhan serta pihak berkuasa dalam merungkai misteri paling pelik dalam sejarah penerbangan dunia itu.

Maira Elizabeth Nari, anak perempuan ketua pramugara pesawat itu, Andrew Nari berkata tiada apa yang boleh dilakukan dan kehidupan perlu diteruskan walaupun tahun demi tahun sejak kehilangan pesawat itu silih berganti, tanpa sebarang jawapan bagi merungkai misteri kehilangannya.

“Sudah bertahun berlalu, cepat sungguh tujuh tahun. Perasaanya sama seperti keadaan tujuh tahun lepas semasa saya berumur 17 tahun, tapi tiada apa yang boleh kita lakukan, hanya teruskan sahaja kehidupan, kami baik-baik sahaja, setiap tahun sama,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, adik ipar kepada Ketua Pramugari MH370, Goh Sock Lay yang enggan dikenali, sewaktu ditemui dirumahnya di Kampung Tawas disini baru-baru ini berkata peristiwa yang berlaku itu tidak mahu diingati mereka lagi.

"Kami sudah tidak mahu ingat lagi peristiwa (tragedi MH370), hal sudah lama kami sekeluarga sudah lupa. Apa mahu cerita lagi, ini sedih punya hal tak nak ingat lagi,” katanya.

Beliau berkata suami Goh Sock Lay kini bekerja di sebuah kilang sarung tangan di Seremban dan sudah agak lama tidak pulang ke kampung halaman, hanya berhubung dengan mereka sekeluarga menerusi panggilan telefon untuk bertanya khabar.

Lelaki berkenaan berkata mereka sekeluarga menyerahkan sepenuhnya kes itu kepada kerajaan Malaysia dan mereka tidak mempunyai hak untuk mencampuri  misi pencarian penerbangan MH370.

Sementara itu,  wakil keluarga kepada salah seorang penumpang MH370, Tan Ah Meng di Kampung Kanthan, Chemor di sini turut mengakui sudah melupakan peristiwa itu.

“Kami sekeluarga sudah lupa kejadian itu, tidak ada apa mahu cakap," katanya menambah, kedua ibu bapa Tan Ah Meng sudah meninggal dunia beberapa tahun lepas.

Sementara itu, seorang pakar penerbangan Mohd Harridon Mohamed Suffian berkata tiada petunjuk baru mengenai kehilangan pesawat itu timbul setakat ini, dan keadaan ini kemungkinan menggusarkan ramai pihak.

Namun juruterbang ujian Universiti Kuala Lumpur (UniKL) itu berkata ada beberapa kes rujukan, yang menyaksikan bangkai kapal terbang dijumpai selepas hilang beberapa tahun dan tidak salahnya jika ada pihak yang ingin meneruskan usaha mencari pesawat Boeing 777 itu.

“Contohnya ialah bangkai kapal terbang Piper dijumpai di Michigan Amerika Syarikat selepas 21 tahun manakala bangkai kapal terbang Learjat yang dijumpai di New Hampshire Amerika Syarikat selepas 3 tahun.

“Di dalam kes kes itu, usaha pencarian dilakukan secara besar-besaran dan terperinci, namun kesan kemalangan udara itu tidak dijumpai sehingga selepas beberapa tahun kemudian. Ini menunjukkan harapan masih jikalau ada pihak masih berhasrat untuk meneruskan usaha pencarian,” katanya.

Esok genap tujuh tahun pesawat Malaysia Airlines, penerbangan MH370 hilang daripada imbasan radar semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China dan keluarga 239 penumpang dan anak kapal pesawat itu masih menanti pengakhiran episod tragis terbabit.

Kementerian Pengangkutan sebelum ini dilaporkan masih belum memutuskan sama ada akan melancarkan semula pencarian MH370 atau tidak, kerana setakat ini tiada sebarang bukti baharu mengenainya ditemui untuk mengerakkan semula pencarian.

Sumber dari dalam Kementerian Pengangkutan memberitahu Bernama, kerajaan akan membuat satu pengumuman penting berkaitan tragedi tersebut dalam masa terdekat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Keluarga Pelajar Sabah Di Asia Barat Diminta Bertenang

2

Luar Negara 3 bulan yang lalu

PM Ingatkan Supaya Tidak Letak Harapan Tinggi Dalam Pencarian MH370

3

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Sedekad MH370: Harapan Baharu Pencarian Semula, Hapuslah Spekulasi

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Keluarga Tidur Dalam Kereta Sudah Dibantu, Urusan Lain Akan Diselesaikan - Dr Taufiq

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kumpulan Pertama Jemaah Haji Selamat Tiba Ke Tanah Air

Semasa 1 hari yang lalu

‘Nak Serang Saya? Silakan, Tapi Jangan Sentuh MOTAC’ - King Sing

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh Anak OKU Mental

Sukan 10 jam yang lalu

Altimet Tawar Bantu Bayar Denda Selangor FC