web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jadikan Dua Musibah Iktibar Rakyat Perlu Bersatu Tanpa Mengira Bangsa, Agama

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 25 Dec 2021 1:04PM

Keadaan di Taman Sri Muda, Shah Alam, ketika banjir melanda selama beberapa hari, pada minggu lepas. - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pandemik COVID-19 dan banjir besar yang melanda negara ketika ini perlu dijadikan iktibar kepada seluruh rakyat untuk bersatu tanpa mengira bangsa dan agama.

Veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, dua musibah tersebut adalah pengajaran yang harus semua pihak pelajari dan pentingnya untuk bersama menjiwai semangat “Malaysian First".

Orang ramai yang terkandas ketika banjir melanda Lembah Klang pada 18 Disember lalu, menumpang di salah sebuah masjid. - Gambar Azim Abd Rahman
Orang ramai yang terkandas ketika banjir melanda Lembah Klang pada 18 Disember lalu, menumpang di salah sebuah masjid. - Gambar Azim Abd Rahman

Beliau amat terharu apabila masjid-masjid di Lembah Klang menjadi tempat perlindungan kepada mangsa banjir tanpa mengira kaum atau agama ketika musibah banjir melanda.

"Jumlah kumulatif kes COVID-19 sudah melebihi 2.7 juta dan meragut lebih 31,000 nyawa, manakala bencana banjir besar baru-baru ini juga meragut 41 nyawa di samping memusnahkan kira-kira RM20 bilion harta benda serta kerosakan tanpa mengira kaum atau agama.

"Justeru, marilah kita bersama mengambil iktibar daripada wabak COVID-19 dan bencana banjir besar yang melanda ketika ini bahawa kita mesti bersatu serta membantu satu sama lain kerana bencana tidak mengenal warna kulit mahupun agama," katanya menerusi blog rasminya, hari ini.

Lim Kit Siang
Lim Kit Siang

Sebagai permulaan, Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu menggesa agar semua pihak tidak bersikap 'rasis' di samping menjunjung serta memperkukuh prinsip pembinaan negara bangsa.

Tanpanya, beliau menegaskan, Malaysia tidak akan menjadi negara hebat bertaraf dunia yang bersatu padu di samping progresif menerusi bidang sains serta teknologi moden.

"Kita berada di persimpangan kritikal pembangunan negara bangsa, tertanya-tanya bagaimana dan mengapa kita gagal memenuhi janji kita sebagai sebuah negara bangsa setelah lebih setengah abad tanah air ini dibina.

"Tiada Keluarga Malaysia jika semangat Rukun Negara tidak dijiwai dengan sepenuh hati antara satu sama lain," katanya.

Terdahulu, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengesahkan seramai lima lagi mangsa terbaharu mati lemas akibat banjir sekaligus menjadikan keseluruhannya seramai 46 orang setakat 4 pagi ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, angka itu sekaligus menjadikan keseluruhannya mangsa kini mencecah 46 mangsa mati lemas.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan turut mengesahkan seramai lima lagi mangsa yang dilaporkan masih hilang akibat banjir itu telah dikenal pasti berlaku di Pahang.

Kesemua lima mangsa itu dikenal pasti sebagai lelaki dan masih belum ditemui. - Getaran, 25 Disember 2021.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 22 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 14 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 22 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka