web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


3 Lelaki Disyaki Terbabit Kes Bunuh Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2021 1:54PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiga lelaki tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dalam satu pembunuhan di Jalan Ampang, di sini Selasa lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner (SAC) Saiful Annuar Yusoff berkata, mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah di bahagian kepala dan tidak sedarkan diri sekitar jam 1.03 pagi, Rabu lalu.

Susulan penemuan jelas beliau, dua lelaki tempatan berusia 28 dan 32 tahun ditahan antara jam 4 petang hingga 8.30 malam pada 29 Disember lalu.

"Dua lelaki ini direman selama tujuh hari mulai semalam hingga 5 Januari depan," katanya hari ini.

Saiful Annuar berkata, terdapat seorang saksi yang mengesahkan mangsa dipukul tiga lelaki pada jam 6 petang, Selasa lalu di sekitar lokasi.

“Hasil soal siasat ke atas kedua-dua suspek, polis berjaya menahan seorang lagi lelaki pada Khamis, yang juga suspek utama pembunuhan.

“Permohonan reman ke atas lelaki itu akan dibuat hari ini,” katanya.

Katanya, motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman mati jika sabit kesalahan.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi bilik gerakan khas 24 jam Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur di talian 03-2146 0670 dan Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999," ujarnya. - Getaran, 31 Disember 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 18 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang