web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pejuang Hak Asasi Wanita Negara, Sukumari Sekhar Meninggal Dunia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2021 1:15AM

Puan Sri Sukumari Sekhar adalah antara aktivis yang lantang memperjuangkan hak wanita dan kanak-kanak. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR : Negara kehilangan sebutir lagi permata, apabila antara pejuang hak asasi wanita tanah air, Puan Sri Sukumari Sekhar menghembuskan nafas terakhir lewat malam tadi, bertepatan dengan sambutan Hari Wanita Sedunia.

Ibu kepada Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Petra Group, Datuk Dr Vinod Sekhar  itu berusia 87 tahun.

Mendiang disahkan meninggal dunia di Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL) pada jam 11.20 malam.

Selain Vinod, Sukumari meninggalkan tiga lagi cahaya mata, Jayan, Sujatha dan Gopinath, empat menantu, Bina, Rekha, Dr Winy Sekhar serta  Dipak Naik, selain lapan cucu.

Wanita berhati waja itu ialah isteri kepada bekas Pengerusi Institut Penyelidikan Getah Malaysia, mendiang Tan Sri Dr BC Sekhar, iaitu individu yang bertanggungjawab membawa revolusi baharu terhadap industri getah dan minyak sawit negara.

Sokongan padu diberikan Sukumari adalah pemangkin kepada semua kejayaan dihasilkan mendiang BC.

Dalam memperjuangkan isu berkaitan hak asasi wanita, nama Sukumari sebenarnya tidak perlu diperkenalkan lagi.

Beliau adalah antara pengasas Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) dengan menyandang jawatan Timbalan Presiden.

Semasa hayatnya, mendiang turut lantang memperjuangkan hak dan kebajikan kanak-kanak, termasuk golongan anak tidak sah taraf bagi memastikan mereka mendapat pembelaan sewajarnya.

Ia mencakupi desakan untuk kerajaan memberikan golongan terbabit hak sama diperoleh anak dari perkahwinan yang sah.

Perjuangan itu membolehkan beliau diangkat oleh Jabatan Perdana Menteri untuk menerima Anugerah Tokoh Wanita, sempena sambutan Hari Wanita Kebangsaan pada Oktober 2012.

Mendiang Sukumari dijangka dikebumikan hari ini. - Getaran, 9 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

2

Selebriti 1 bulan yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

3

Semasa 1 bulan yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Siti Zaharah Sulaiman Meninggal Dunia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki