web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Samun Premis Perniagaan, 4 Termasuk 1 Wanita Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2022 5:29PM

Antara barang yang dirampas oleh polis susulan penahanan 4 individu yang disyaki terlibat dalam kes samun di sebuah premis di Damansara Damai, Khamis lalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Empat individu termasuk seorang wanita dicekup selepas disyaki terlibat dalam kes samun sebuah premis perniagaan di Damansara Damai di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, soal siasat mendapati wanita itu yang pernah bekerja di premis berkenaan selama tiga bulan pada 2019 bertindak sebagai perancang utama.

"Wanita itu mengajak rakannya untuk menyamun premis tersebut.

"Kesemua suspek berusia antara 19 hingga 30 tahun itu ditahan secara berasingan di sekitar Lembah Klang dan Selangor, semalam,” katanya hari ini.

Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid
Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid

Menurut beliau, polis dimaklumkan mengenai insiden berkenaan pada jam 10 malam, oleh seorang pembantu kedai warga Indonesia, yang mendakwa premis itu dimasuki tiga lelaki.

“Ketiga-tiga suspek mengacukan pisau dan memaksa mangsa menyerahkan semua wang dimiliki.

“Kejadian tersebut menyebabkan dia mengalami kerugian RM19,000 malah telefon bimbitnya turut dilarikan kumpulan penjenayah itu,” katanya.

Mohd Fakhrudin berkata, susulan penahanan semua suspek, polis turut merampas sebuah kereta Proton Satria, pisau, lima telefon bimbit pelbagai jenama, dua beg bimbit, serangkai kunci dan wang tunai RM7,000.

“Semakan rekod lampau mendapati seorang daripada suspek mempunyai satu rekod berkaitan Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah 1983.

“Kesemua mereka direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya. - Getaran, 3 Januari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 18 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 4 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 2 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad