web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Op Khas Penjaja Jalanan, 215 Saman, 11 Rampasan Dibuat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2022 9:20PM

JSPT mengeluarkan 215 saman ke atas penjaja dalam Op Khas Penjaja Jalanan yang dijalankan mulai 13 Disember hingga Jumaat lalu. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 215 saman dikeluarkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) ke atas penjaja, dalam Op Khas Penjaja Jalanan.

Operasi yang diadakan selama 19 hari bermula 13 Disember hingga Jumaat lalu itu turut melibatkan 11 rampasan.

Timbalan Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, aktiviti penjaja jalanan menjadi satu trend perniagaan yang berleluasa sejak pandemik COVID-19 melanda negara.

"Aktiviti seperti ini sekiranya tidak dikawal, boleh mendatangkan risiko dan kemalangan kepada penjaja itu sendiri serta pengguna jalan raya lain.

"Penjualan sebegini adalah satu kesalahan mengikut Kaedah 10a (1) Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan 1959 (ln 166/59) kerana jelas dinyatakan, tiada urusan jual beli dibenarkan di persimpangan jalan atau di mana-mana jalan raya," katanya hari ini.

Menurutnya, aktiviti seumpama itu sering berlaku di persimpangan lampu isyarat, lazimnya melibatkan penjaja yang menjual makanan ringan seperti jeruk mangga dan minuman. 

Katanya, selain dari saman dan rampasan, pihak JSPT juga melaksanakan 137 tindakan advokasi iaitu amaran, agar kegiatan itu dihentikan serta merta.

"JSPT menggesa kepada semua pengusaha dan penjaja jalanan supaya menghentikan penjualan jeruk mangga, makanan dan minuman di persimpangan jalan atau mana-mana jalan raya.

"Mana-mana individu yang terbabit dalam urusan jual beli boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan sekiranya disabitkan kesalahan," katanya. - Getaran, 3 Januari 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 2 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini