web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kenapa Kerajaan ‘Keluarga Malaysia’ Buat Pekak, Bisu Isu Banjir - Rafidah Aziz

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2022 7:58PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz mendakwa Kerajaan Keluarga Malaysia hanya bertindak sambil lewa dalam mengkoordinasi agensi kerajaan dan bantuan segera terhadap rakyat yang terkesan akibat banjir.

Bekas orang kuat UMNO itu dengan nada sinis berkata, kerajaan ketika ini menggunakan pendekatan ‘buat pekak, bisu, buta dan tak tahu’ dalam pengurusan bencana serta wabak yang dihadapi negara.

Menurut beliau, tindakan berkenaan dilihat ‘semakin berleluasa’ di kalangan pihak berkuasa, seolah-olah mereka tidak berpegang pada realiti keadaan.

“Kerajaan dan pihak berkuasa seperti lali terhadap kesilapan dan salah laku dalam kalangan mereka.

“Apa yang menyedihkan, golongan itu tidak melihat laporan yang dibuat atau mendengar bantahan umum.

“Mereka juga tidak berbuat apa-apa walaupun bukti ditunjukkan kepada mereka.

“Nampaknya itulah prosedur operasi standard (SOP) baharu dalam pentadbiran pengurusan bencana,” tegasnya menerusi hantaran di media sosial, hari ini.

Dalam pada itu, Rafidah juga turut mempersoalkan sekiranya kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sudah ‘menghalalkan’ perbuatan salah laku dan rasuah, apabila ia dilihat  semakin berleluasa di kalangan pemimpin politik.

Rafidah Aziz - Gambar Bernama
Rafidah Aziz - Gambar Bernama

Terdahulu, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dikenali sebagai Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (PEKEMAS) berkata, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) gagal menguruskan banjir yang sedang melanda negara ketika ini.

Presidennya, Faizan Mohd Nor berkata, kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad bahawa agensi itu hanya menguruskan pampasan, juga tidak boleh diterima semua pihak.

Katanya, kerajaan perlu memansuhkan NADMA dan terdapat keperluan ketika ini untuk memecat Abd Latiff yang ditugaskan bagi menjaga agensi berkenaan.

“Kerajaan perlu mengambil serius isu berkenaan kerana bencana ini menjadi kayu ukur kepada prestasi kerajaan yang dalam perjalanan menuju Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak lama lagi,” katanya.

Abd Latiff sebelum ini dipetik sebagai berkata, NADMA tidak terlibat secara langsung dalam urusan kejadian bencana alam seperti banjir di peringkat negeri.

Malah, katanya, NADMA hanya menjaga urusan dalam pemberian pampasan kepada mangsa selepas mendapat maklumat dan senarai daripada negeri terlibat. - Getaran, 4 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Bomba Selamatkan 2 Warga Bangladesh Terperangkap Atas Bumbung Kerana Banjir

2

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Puluhan Kereta Ditenggelami Air Akibat Banjir Kilat Di Penampang

3

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Alahai Kasihannya Kakak Ni, Menangis Takut Banjir

4

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Aksi Tesla Model Y Redah Banjir Di Dubai

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 2 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 2 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka