web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Semakin Gagal, Malaysia Sudah Hilang ‘Taring’ Pikat Pelabur Asing

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2022 1:26PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kegagalan dalam menentukan hala tuju di samping kelemahan mentadbir ekonomi dan perubahan dasar yang drastik oleh kerajaan Persekutuan telah menyebabkan pelabur asing tidak lagi yakin dengan Malaysia.

Ketidakstabilan politik juga telah memberi kesan negatif kepada ekonomi kerana konsep ekonomi terbuka diamalkan Malaysia amat bergantung kepada perdagangan antarabangsa, termasuk pelaburan asing.

Hassan Abdul Karim
Hassan Abdul Karim

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim mendakwa, kehilangan pelaburan langsung asing (FDI) mula berlaku selepas tertubuhnya kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang merupakan permulaan ‘malapetaka’ kepada ekonomi negara.

Menurut beliau, satu demi satu pelabur antarabangsa sudah mula meninggalkan Malaysia akibat hilang keyakinan ke atas sistem pemerintahan yang semakin kronik disebabkan kepentingan individu.

“Bermula dengan Syarikat gergasi Korea Selatan, Hyundai menutup ibu pejabat wilayah rantau Asia Pasifik di Malaysia dan berpindah ke Indonesia, negara ini terus kehilangan FDI selepas itu. IBM, satu lagi syarikat gergasi dunia menutup Pusat Penyampaian Global miliknya di Cyberjaya dan berpindah ke Singapura. 

"Kemudian, Shell buat hal sama, kerana sudah hilang percaya pada Malaysia. Ia memindahkan operasinya dari Cyberjaya ke India. Cyberjaya telah gagal. Pelbagai syarikat pelaburan asing terus hilang kepercayaan terhadap sistem politik, masa depan ekonomi dan taraf korupsi yang tidak terkawal,” katanya, hari ini.

Dalam pada itu, Hassan berkata, kumpulan perbankan terkenal, Citigroup juga memutuskan urusan ’retail banking’ miliknya walaupun telah beroperasi selama 60 tahun di Malaysia serta berpindah ke Singapura.

Lebih mengecewakan, menurut beliau, T-System yang merupakan syarikat popular di dunia turut menjual perniagaannya di Malaysia dan melakukan pelaburan di negara lain.

"Dalam dunia kereta motor, menuju industri membina kereta elektrik, Malaysia terlepas apabila Toyota Motor Corp melabur AS$2 bilion membangunkan kenderaan elektrik EVs di Indonesia. Malaysia tidak lagi ada daya tarikan FDI. Malaysia hilang dari radar peniagaan antarabangsa,”katanya.

“Bertambah parah lagi, Zoom Video Communications juga memilih Singapura  bukannya Malaysia sebagai pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan Pusat Data Baharu bagi rantau Asia Tenggara. Malang sungguh nasib Malaysia di bawah kerajaan sekarang ini," katanya, sinis.

Pada masa sama, bekas Pengerusi PKR Johor itu  berkata, negara juga ibarat sudah jatuh ditimpa tangga selepas Facebook, Lazada, Tencent, ByteDance, serta Alibaba juga tidak menghiraukan Malaysia dan memilih Singapura menjadi hub serantau bagi pusat strategik dan pusat data buat syarikat tersebut,

“Hal itu tidak berlaku pada 1990-an apabila sebahagian besar syarikat telekomunikasi dunia memindahkan operasi dari Singapura ke negara ini bagi mengambil insentif yang ditawarkan Multimedia Super Corridor hub digital pertama seumpamanya di Asia. 

“Namun dengan Google dan Facebook baru baru ini meminggirkan Malaysia dalam laluan projek berbilion ringgit kabel internet dasar laut sepanjang 12,000 kilometer kerana dasar kabotaj negara, maka kita telah menjadi negara gagal. Sukar untuk bangkit lagi bagi memberi persaingan kepada kuasa baharu ekonomi seperti Indonesia, Vietnam dan India,”katanya. 

Justeru, beliau mempersoalkan di manakah silapnya Malaysia apabila tidak dipedulikan oleh syarikat pelaburan asing.

“Ini juga membuktikan Malaysia seolah-olah hilang dalam peta perniagaan dunia selama tiga tahun pemerintahan kerajaan PN dan Barisan Nasional (BN).

"Apa kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam hal-hal ini? Ambil sikap membisu dan berdiam diri sahaja,” katanya. - Getaran, 5 Januari 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 16 minit yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 2 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global