web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bekerja Secara Haram, 13 Warga Asing Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 05 Jan 2022 9:39PM

JIM menahan 13 warga asing yang bekerja secara haram di sebuah kompleks beli-belah di Solaris, hari ini. - Gambar ihsan JIM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 13 warga asing yang bekerja secara haram ditahan dalam satu serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di sebuah kompleks beli-belah di Solaris, dekat sini hari ini.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, dalam serbuan pada jam 3 petang itu, kesemua warga asing berusia antara 24 hingga 42 tahun tersebut yang digajikan majikan tempatan ditahan susulan tamatnya program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 31 Disember lalu.

"Operasi dijalankan di kawasan pusat perniagaan lot premis lima tingkat, melibatkan pemeriksaan ke atas 60 warga asing yang didapati digajikan sebagai pemandu parkir valet, pengawal keselamatan, tukang cuci dan jurujual.

"Malah semasa serbuan, warga asing ini cuba menukar pakaian seragam untuk berlakon sebagai pengunjung bagi mengelak dari ditahan pihak berkuasa, tetapi usaha terbabit tidak berjaya," katanya hari ini.

Menurut beliau, sepasukan pegawai Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan Ibu Pejabat Imigresen menyerbu lokasi itu Jumaat lalu, dengan kekuatan 38 pegawai.

Katanya, pemeriksaan mendapati terdapat juga pekerja warga asing yang digajikan itu telah mendaftar untuk Rekalibrasi Pulang, dan dalam proses penghantaran mengikut tarikh tiket yang disediakan majikan.

"Antara kesalahan yang dikenal pasti ialah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, melanggar syarat pas dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen.

"Kesemua tahanan akan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil, Kuala Lumpur untuk siasatan mengikut Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963," katanya.

Tambahnya, semua warga asing dinasihatkan supaya mengambil kesempatan menyertai Program Rekalibrasi Pulang PATI untuk pulang ke negara asal secara sukarela. 

"Walaupun program ini telah dilanjutkan sehingga 30 Jun 2022, Jabatan Imigresen tidak akan berdiam diri dan akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan bagi menangkap PATI atau majikan yang masih berdegil," katanya. - Getaran, 5 Januari 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka