web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Mesyuarat Khas Perlu Bincang Isu Banjir Dan Azam Baki - Mahfuz Omar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2022 8:20AM

Mesyuarat Khas akan diadakan di Dewan Rakyat pada 20 Januari ini bagi membincangkan perkara berkaitan kepentingan negara iaitu banjir dan pasca banjir. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR STAR - Mesyuarat Khas dicadangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob 20 Januari depan perlu dilaksanakan selama enam hari bagi membahaskan dua isu besar yang melanda negara ketika ini. 

Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Mahfuz Omar berkata, dua isu tersebut adalah banjir besar yang berlaku baru-baru ini serta pemilikan saham membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki. 

Mahfuz Omar
Mahfuz Omar

Menurut Mahfuz, tempoh yang sesuai untuk mesyuarat khas itu dijalankan adalah selama enam hari. 

"Tiga hari perlu diperuntukkan untuk membincangkan kertas putih isu banjir dan pasca banjir manakala tiga hari lagi untuk membahaskan kertas putih berkaitan aktiviti Azam Baki. 

"Sidang khas itu akan memberi peluang kepada kerajaan mengemukakan kertas putih yang melibatkan aktiviti Azam Baki memiliki saham," katanya di sini, malam tadi. 

Perdana Menteri menerusi akaun Facebooknya semalam memaklumkan, kerajaan akan mengadakan Mesyuarat Khas selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11(3), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat 20 Januari depan bagi membincangkan perkara berkaitan kepentingan negara iaitu banjir dan pasca banjir. 

Mahfuz menambah, krisis integriti SPRM itu akan memberi kesan buruk kepada negara ketika rakyat mengharapkan suruhanjaya itu benar-benar memerangi rasuah. 

"Kegagalan menangani isu ini akan terpalit kepada kegagalan Perdana Menteri menguruskan negara dan rakyat. Beliau tidak perlu takut untuk mengambil tindakan tegas terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM. 

"Perdana Menteri perlu mengembalikan keyakinan rakyat terhadap SPRM bagi mengekang aktiviti rasuah atau segala aktiviti yang menjurumus kepada pecah amanah," katanya. - Getaran 7 Januari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Azam Baki Tidak Terlibat Penyebaran Tohmahan Babit Agensi Penguat Kuasa - SPRM

2

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Pertimbang Siasat Kes Serang Pemain Bola Sepak Negara

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Menantu Muhyiddin Akan Didakwa Atas Pertuduhan Pecah Amanah - SPRM

4

Semasa 5 bulan yang lalu

SPRM Rangka 3 Strategi Utama Perangi Rasuah Tahun Ini

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Pertabalan Agong: Sultan Brunei Berkenan Berangkat, Serlah Hubungan Akrab Dengan Malaysia

Semasa 2 jam yang lalu

Bom Mortar Dijumpai Dalam Rumah Sewa

Semasa 5 jam yang lalu

Allahyarham Mansor Puteh Pernah Derma Darah 631 Kali

Semasa 7 jam yang lalu

Belia, NGO Perlu Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa - PM