web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Hanya 1,000 Individu Dibenar Sertai Perarakan Thaipusam Pulau Pinang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jan 2022 3:33PM

Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Polis Pulau Pinang hanya membenarkan seramai 1,000 penganut agama Hindu untuk mengiringi perarakan pedati sempena sambutan Thaipusam 18 Januari ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, ketetapan itu dibuat hasil perbincangan bersama pelbagai pihak, termasuk bersama Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique, baru-baru ini.

“Kita sudah buat ketetapan hasil daripada lawatan Halimah dan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer.

“Satu persetujuan telah dibuat untuk membenarkan perarakan dua pedati dalam kuantiti yang ditetapkan, iaitu tidak melebihi 1,000 orang,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, hari ini.

Untuk rekod, perarakan pedati perak yang berusia lebih 100 tahun dan pedati emas yang bermula sejak lima tahun lalu adalah kemuncak perayaan tahunan Thaipusam selama tiga hari di Pulau Pinang.

Sementara itu Shuhaily berkata, polis akan bersama penganjur dan pihak kuil sepanjang sambutan Thaipusam bagi memastikan semua upacara berjalan lancar tanpa perlanggaran prosedur operasi standard (SOP).

“Untuk maklumat lebih lanjut, kita akan maklumkan dari semasa ke semasa nanti. Setakat ini, itu sahaja ketetapan kita,” katanya.

Pada 7 Disember lalu, Halimah memberitahu Dewan Rakyat bahawa semua perarakan perayaan, termasuk perarakan pedati bagi Thaipusam dan chingay sempena Tahun Baharu Cina, tidak dibenarkan berikutan negara sedang berdepan jangkitan varian baharu COVID-19, Omicron.

Namun, selepas menerima kritikan pelbagai pihak, Kementerian Perpaduan memaklumkan SOP bagi sambutan Thaipusam masih belum dimuktamadkan. - Getaran, 11 Januari 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Pegawai Kastam Tertembak Diri Sendiri Ketika Mahu Cuba Pistol Rakan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

3 Beranak Maut Dalam Kebakaran Rumah Kedai Di Balik Pulau

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Boleh Perluas Teksi Air Jika Dapat Sambutan - Chow

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Projek LRT Tidak Jejas Status Georgetown Sebagai Tapak Warisan UNESCO - Loke

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Norjuma Dikenakan Waran Tangkap Tidak Hadir Prosiding Sebutan Kes

Semasa 1 hari yang lalu

Pengasas Bersama G25 Noor Farida Meninggal Dunia

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Semasa 9 jam yang lalu

Kontroversi MFL: Sultan Sharafuddin Belum Perkenan Permohonan Menghadap FAM

oleh Wartawan Getaran

Sukan 21 jam yang lalu

Isu Jin Wei: ‘Coach’ Nova Ada Komitmen Lain - Hannah Yeoh

oleh Diyana Nawwar