web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ratusan Nelayan Resah, Projek Tambakan Laut Gugat Pendapatan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jan 2022 12:42PM

Kawasan di Pangkalan Nelayan Sungai Menghulu, Kuah, Langkawi, yang didakwa akan terlibat dalam pelaksanaan projek penambakan laut.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LANGKAWI - Ratusan nelayan yang mencari rezeki di sepanjang Pantai Kelibang hingga ke Sungai Menghulu di Kuah, dekat sini berada dalam kebimbangan setelah menerima notis pengambilan tanah dari Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi mengenai pelaksanaan projek penambakan laut di kawasan tersebut.

Menurut Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader, majoriti nelayan di situ membantah langkah tersebut kerana didakwa boleh mengancam alam sekitar selain menjejaskan mata pencarian mereka.

Beliau berkata ketika ini, nelayan tersebut memperolehi pendapatan antara RM1,000 hingga RM2,000 sebulan hasil tangkapan ikan dan udang manakala pemungut siput pula memperolehi pendapatan antara RM40 hingga RM70 sehari.

"CAP bersimpati dengan nelayan di kawasan tersebut dan turut membantah keputusan itu. Kami menggesa kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT), jabatan berkaitan dan agensi terlibat untuk mengkaji secara terperinci mengenai perkara ini.

"Kami percaya jika projek itu dilaksanakan, bukan saja alam sekitar akan musnah malah hidupan laut serta kehidupan masyarakat nelayan akan turut menjadi mangsa," katanya di sini, hari ini.

Seorang nelayan menunjukkan kawasan yang didakwa akan ditambak.
Seorang nelayan menunjukkan kawasan yang didakwa akan ditambak.

Mengulas lanjut Mohideen berkata, kerajaan negeri sepatutnya mendedahkan terlebih dulu rancangan awal, hasil kajian dan perkembangan semasa projek tersebut kepada umum.

"Pendedahan itu perlu dibuat terutamanya kepada penduduk tempatan kerana mereka juga berhak menyuarakan pandangan," katanya.

Seorang nelayan di situ, Zulkifli Shamsudin, 50, berkata, beliau terkejut dengan 'kemunculan' notis tersebut dan hairan mengapa perkara tersebut berlaku di luar pengetahuan mereka.

Dakwanya, keputusan itu seolah-olah dibuat tanpa mengambil kira kesan buruk yang terpaksa dihadapi nelayan dan penduduk setempat.

"Bukan saja kami akan kehilangan sumber pendapatan malah ada kemungkinan juga kami terpaksa berpindah ke tempat lain," katanya.

Zulkifli Che Hasin
Zulkifli Che Hasin

Sementara itu Pengerusi Nelayan Sungai Kelibang, Zulkifli Che Hasin pula memaklumkan, surat bantahan bersama tandatangan nelayan di situ sudah pun dihantar ke Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi dengan harapan isu tersebut akan diberi perhatian.

"Masalah nelayan di kawasan ini perlu diberi perhatian oleh kerajaan memandangkan kami bergantung sepenuhnya kepada hasil laut bagi menyara kehidupan keluarga," katanya. – Getaran, 17 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Selesai Isu Penempatan Haram Bukit Malut, Masalah Laut Kotor Pun 'Settle' - Sanusi 

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Puak Tak Mengaji (Belajar) Kata Saya Umum Benda Mustahil - Sanusi  

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Ragut Di Klang, Tangkap Di Langkawi

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Ada Keperluan Mendesak Untuk Sumber Air Alternatif Di Langkawi 

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Allahyarham Mansor Puteh Pernah Derma Darah 631 Kali

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Mufti Pulau Pinang, Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Penerima Tokoh Maal Hijrah 

Semasa 1 hari yang lalu

Tak Rasmi - PN Pertahan Kerusi DUN Sungai Bakap

oleh Diyana Nawwar

Politik 1 hari yang lalu

PRK Sungai Bakap: Kerajaan Perpaduan Hormat Pilihan Rakyat

oleh Sophia Ahmad