web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PLUS Dikecam ‘Puji Diri Sendiri’ Bahawa RFID Terima Maklum Balas Menggalakkan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2022 2:00PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Baru sahaja reda isu kesesakan trafik di plaza tol berikutan pelaksanaan sistem teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID), PLUS Malaysia Berhad (PLUS) sekali lagi menerima kritikan hebat daripada netizen di media sosial, hari ini.

Perkara itu timbul selepas syarikat pemegang konsesi lebuh raya berkenaan ‘memuji diri sendiri’ dengan mendakwa sudah menerima maklum balas menggalakkan bagi hasil kutipan tol menggunakan RFID.

Rata-rata netizen terkilan dengan tindakan PLUS yang bukan sahaja tidak memohon maaf atas kesesakan trafik yang berlaku disebabkan RFID, namun kali ini dengan megah berbangga atas pencapaian ‘stiker’ tersebut yang sangat lemah.

“Puii, menyusahkan rakyat sahaja. Kenyataan acah-acah macam dia tolong rakyat,” kata Valan Tino.

“Ini betul-betul kenyataan ‘sampah’, sepatutnya bukan mereka (PLUS) berbangga, namun minta maaf kepada orang ramai dan segera pertingkatkan kualiti sistem RFID,” luah Shahir Zazar.

“Kalau begini, baik PLUS tak payah keluar kenyataan. Betul-betul tak membantu langsung sistem teknologi RFID ini. Bukan lebih menyenangkan, malah semakin menyusahkan pengguna,” kata Syasa Zahir di Facebook.

Semalam, PLUS menerusi Facebook memaklumkan, pihaknya menyambut baik maklum balas diterima daripada orang ramai berkenaan penggunaan RFID di plaza tol.

PLUS berkata, pihaknya secara proaktif sudah melaksanakan analisis data, selain pemantauan semasa dan kajian sebagai melakukan penambahbaikan bagi memastikan pelanggan mendapat pengalaman terbaik melalui RFID.

 

Pembayaran tol menggunakan sistem RFID yang telah dilaksanakan di seluruh rangkaian Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)...

Posted by PLUS Malaysia on Tuesday, January 18, 2022

“Pada peringkat awal pelaksanaan sistem ini, pembantu khidmat pelanggan dan kakitangan teknikal PLUS bersiap siaga, terutama sekali di plaza tol yang kritikal dan pada waktu puncak.

“Ini dilakukan bagi membantu pelanggan yang menggunakan lorong RFID mencapai pengalaman perjalanan lebih baik,” katanya.

Dalam pada itu, sebahagian netizen mengharapkan agar PLUS melakukan pertimbangan menurunkan harga pelekat RFID.

Kata mereka, harga ditetapkan itu membebankan kerana tidak boleh dikongsi, sebaliknya setiap pelekat itu terhad untuk sebuah kenderaan sahaja.

“Kita mengharapkan agar kerajaan serius untuk turunkan harga pelekat RFID ini. Kalau RM35 untuk satu kereta, bayangkan bebanan mereka yang mempunyai ramai anak dan ada banyak kereta. Kan itu dah menyusahkan rakyat,” kata Halim Sunda.

“Satu benda PLUS kena ambil tahu dan dengar rintihan rakyat, tak semua pengguna tol memilik akses online banking (perbankan dalam talian) untuk tambah nilai. Jadi sekurang-kurangnya kekalkan penggunaan Touch N Go, tapi siapalah kami nak luahkan perasaan tak puas hati,” kata Azahari Mat Diah.

“Nak tanya kalau ada tiga kereta boleh pautkan RFID semua akaun ini di bawah satu akaun? Kalau pinjam kereta orang boleh ke kita guna RFID kereta orang tu tetapi penolakan nilai tol dicaj kepada akaun kita? Kalau tak boleh baik pakai TnG atau SmartTag lagi selamat dan tak perlukan aplikasi,” kata Dika Dhom secara sinis di Facebook.

Terdahulu, PLUS menjelaskan pihaknya mencatatkan kadar migrasi menggalakkan sebanyak 10 peratus untuk transaksi sistem RFID selepas ia dilaksanakan bermula 15 Januari lalu di seluruh Lebuhraya Utara-Selatan.

Sehubungan itu, syarikat konsesi berkenaan mengucapkan terima kasih kepada pelanggan yang ‘berhijrah’ ke RFID untuk membayar tol.

Menurut kenyataan PLUS, sekiranya pelekat RFID masih mempunyai isu pengesanan selepas ujian, Touch 'n Go akan menggantikan tag RFID secara percuma.

Katanya, pelanggan dialu-alukan untuk memberikan maklum balas berhubung sistem teknologi baharu itu melalui talian PLUSLine 1800-88-0000 dan chatbot PLUS, P.U.T.R.I melalui Aplikasi PLUS. - Getaran, 20 Januari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Malaysia Kecam Serangan Berterusan Israel Ke Atas Gaza

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Pemandu Pacuan 4 Roda Maut, 2 Parah Kemalangan Babitkan 7 Kenderaan

3

Politik 6 bulan yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Aliran Trafik Bergerak Perlahan, Namun Terkawal

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 4 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 18 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah