web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


#TangkapAzamBaki, Penuntut Duduki MUET Terima Padah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jan 2022 11:25AM

Penutupan jalan di ibu kota telah menyebabkan pelajar yang perlu menduduki MUET terjejas, kerana tidak dapat melalui jalan menuju dewan peperiksaan di ibu kota. - Gambar Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan pihak berkuasa yang enggan berkompromi dalam penutupan semua laluan utama susulan perhimpunan #TangkapAzamBaki nyata membuatkan majoriti warga kota berang.

Keputusan diambil pasukan keselamatan itu dianggap tidak rasional, apatah lagi ada dalam kalangan orang ramai mempunyai urusan penting untuk diselesaikan.

Tambah menghangatkan hati, operasi sistem pengangkutan awam turut dihentikan sementara, walaupun masih ramai kalangan warga kota perlu bekerja hari ini.

Sejumlah besar penghuni kota yang 'tersadai' di tepi jalan akibat penutupan itu meluahkan kekecewaan masing-masing apabila dilarang ke tempat kerja, malah terpaksa pula menunggu dalam keadaan hujan.

Turut tidak ketinggalan meluahkan rasa marah ialah sebilangan besar penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang perlu menduduki peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) hari ini.

Tinjauan di media sosial mendapati, sejumlah besar penuntut mendakwa, terpaksa menempuh kesesakan luar biasa seawal jam 7.02 pagi apabila semua laluan menuju ke lokasi peperiksaan terhalang sepenuhya.

"My sister was sending my sister to her MUET exam and had to reroute his journey three times because of the roadblocks. Each time, the police said cannot go in KL. Bodoh orang nak pergi exam la k**. ** THE POLICE #TangkapAzamBaki," kata pengguna dikenali sebagai @adamhamizan.

"Protes tempat lain dia punya gelabah nak tutup jalan sampai KL. siap pekerja pun tak bagi masuk. Siap tutup LRT & MRT, Tahu tak berapa ramai student yang ada MUET exam hari ini yang kene travel?? Sengaja mengapi-apikan keadaan,nak manipulate org awam marah pada yang buat protes?" selar pula @pravhilan05.

Seorang bapa, @fandyalias ketika membalas ciapan mantan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik pula berkata, anaknya menempuh kesukaran untuk menuju ke lokasi peperiksaan iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria, yang turut dikenali sebagai Victoria Institution (VI).

"Student nak ke Sek VI utk exam MUET pagi ni terpaksa cari alternative yg sgt menyusahkan pagi ni sbb stesyen mrt & lrt tutup @AskRapidKL termasuk anak saya..?," ciapnya. - Getaran, 22 Januari 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang