web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


#TangkapAzamBaki, FRU Siap Siaga Tahan Peserta 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jan 2022 11:54AM

Kira-kira 200 peserta menyertai Perhimpunan #TangkapAzam Baki, di ibu kota, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perhimpunan #TangkapAzam Baki bagi mendesak penahanan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki tetap diteruskan walaupun polis memberi amaran ia melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Tinjauan Getaran mendapati ia disertai kira-kira 200 orang awam, khususnya generasi muda yang mengenakan baju hitam dan bertegas mahu Azam segera disiasat. 

Rata-rata mereka meluahkan kekecewaan kerana Azam selaku individu terpenting dalam menjaga amanah berkaitan salah guna kuasa dan rasuah, terpalit dalam skandal pemilikan saham.

Beberapa trak FRU berkawal di sekitar Jalan Bangsar.
Beberapa trak FRU berkawal di sekitar Jalan Bangsar.
Pasukan polis mengadakan kawalan di sekitar Jalan Bangsar.
Pasukan polis mengadakan kawalan di sekitar Jalan Bangsar.

Setakat jam 11.30 pagi tadi, anggota polis dilihat mengawal ketat kawasan LRT Bangsar, malah Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) telah bersiap siaga untuk menahan peserta perhimpunan kerana melanggar Fasa 4 PPN yang masih dikuatkuasakan di seluruh negara, khususnya di ibu kota.

Bagaimanapun, kira-kira 20 minit kemudian, beberapa trak FRU mula beredar ke lokasi seterusnya, dipercayai ke Brickfields, iaitu destinasi terbaru peserta perhimpunan berkenaan. 

Terdahulu, Jurucakap Jawatankuasa Bertindak Tangkap Azam Baki menegaskan, proses undang-undang ke atas Azam perlu dimulakan pada kadar segera, malah rombakan terhadap SPRM wajar dilakukan, bagi membolehkan suruhanjaya tersebut diletakkan di bawah bidang kuasa Parlimen.

Katanya, setiap pemimpin dan anggota yang berjawatan tinggi harus berhenti bertindak demi kepentingan sendiri, termasuk menipu dan menyeleweng untuk kekal berkuasa.

"Amalan rasuah memberi kesan kepada rakyat pada waktu kos sara hidup serta harga barang giat meningkat," katanya.

Turut dilihat menyertai perhimpunan tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pinji, Howard Lee, Setiausaha Pemuda Angkatan Pemuda Keadilan (AMK) Syukri Razab, ADUN Bukit Tunku, Lim Yi Wei, Aktivis belia, Adam Adli dan peguam serta ahli PKR, Asheeq Ali. - Getaran, 22 Januari 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 18 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global