web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perhimpunan #TangkapAzamBaki Tamat Dengan Aman, Tiada Sebarang Tangkapan Dibuat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 22 Jan 2022 2:25PM

Pasukan polis menghalang peserta perhimpunan #TangkapAzamBaki dari berarak ke Sogo. Perhimpunan ini berjalan dengan aman. - Gambar Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perhimpunan #TangkapAzamBaki hari ini berakhir kira-kira jam 12.45 tengahari tadi apabila para pesertanya yang dalam perjalanan ke Brickfields, di sini diarah bersurai oleh pihak polis.

Perhimpunan terbabit yang pada mulanya dijadualkan diadakan di Sogo, beralih ke sekitar Jalan Bangsar apabila dihalang pihak berkuasa.

Larangan itu juga menyebabkan peserta hanya mampu mengadakan perarakan sejauh 500 meter di penghujung Jalan Bangsar sebelum berpatah balik ke stesen LRT Bangsar dan bersurai. 

Perhimpunan kali ini turut disertai beberapa aktivitis dan ahli politik terdiri daripada Ahli Parlimen Lembah Lantai, Fahmi Fadzil, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pinji, Howard Lee dan ADUN Bukit Tunku, Lim Yi Wei.

Antara aktivis dan pemimpin sayap pemuda parti pembangkang yang dilihat hadir pula ialah Adam Adli, Mandeep Singh, Fahmi Zainol,  Setiausaha AMK PKR, Syukri Ab Razak dan Bendahari MUDA, Tarmizi Anuwar.

Sementara itu, tinjauan Getaran mendapati tiada tangkapan dibuat oleh pihak polis sepanjang acara tersebut berlangsung.

Bagaimanapun, peserta demonstrasi sempat melaungkan “boo” beberapa kali sebagai bantahan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki kerana enggan berundur dan menyanyi lagu Negaraku sebelum bersurai.

Terdahulu, lebih 400 penunjuk perasaan berpakaian hitam berkumpul di bawah LRT Bangsar sambil melaungkan beberapa slogan anti kerajaan, antaranya 'Hidup Rakyat' dan 'Tangkap Azam Baki'.

Jurucakap Jawatankuasa Bertindak Tangkap Azam Baki menegaskan, proses undang-undang ke atas Azam perlu dimulakan pada kadar segera, malah rombakan terhadap SPRM wajar dilakukan, bagi membolehkan suruhanjaya tersebut diletakkan di bawah bidang kuasa Parlimen.

Katanya, setiap pemimpin dan anggota yang berjawatan tinggi harus berhenti bertindak demi kepentingan sendiri, termasuk menipu dan menyeleweng untuk kekal berkuasa. - Getaran, 22 Januari 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 2 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka