web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PM, Peja Doakan Kesihatan Tun M

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jan 2022 6:45PM

Ismail Sabri berbual dengan Dr. Siti Hasmah, ketika melawat Dr Mahathir di IJN, sebentar tadi. - Gambar dari Twitter Ismail Sabri

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Barisan pemimpin negara hari ini menzahirkan doa agar kesihatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kembali pulih.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang berkongsikan perkara itu di Twitter turut mengesahkan telah menziarahi Ahli Parlimen Langkawi itu. 

Beliau mengharapkan agar keluarga Dr Mahathir bersabar dalam menempuh ujian yang diterima. 

"Tiba di Institut Jantung Negara sebentar tadi untuk menziarahi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dimasukkan ke IJN.

"Saya turut bertemu dengan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali di IJN tadi dan berharap keluarga Tun Dr. Mahathir Mohamad terus tabah," ciapnya, hari ini. 

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO hadir di IJN bagi melawat Tun Dr. Mahathir di pusat perubatan ini pada jam 5.35 petang tadi.

Ismail Sabri yang menaiki kenderaan Toyota Vellfire memasuki pekarangan IJN sebelum menuju ke kawasan belakang pusat rawatan itu yang dikawal ketat pihak polis dan pengurusan IJN.

Selepas kira-kira 30 minit, Perdana Menteri kemudian beredar dari institut perubatan berkenaan pada jam 6.05 petang dengan dikawal ketat anggota polis.

Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menerusi hantaran di Twitternya mengharapkan agar orang ramai bersama memanjatkan doa terhadap kesihatan Pengerusi itu. 

"Bersama kita doakan agar Allah sentiasa melindungi negarawan kita, Tun Dr Mahathir Mohamad. 

"We love you Tun M," katanya.

Terdahulu, seorang pegawai Dr Mahathir mengesahkan bekas Perdana Menteri itu dimasukkan ke Unit Penjagaan Koronari (CCU) di Institut Jantung Negara (IJN), hari ini.

Pada masa sama, beliau menjelaskan Dr Mahathir akan mengeluarkan penjelasan tidak lama lagi di sebalik pelbagai desas desus mengenai keadaan Pengerusi PEJUANG itu.

Buat masa ini, pengamal media yang menunggu di IJN seawal jam 2 petang tadi, masih dilarang untuk berada di perkarangan kawasan masuk ke ruangan yang menuju ke bilik rawatan Tun Mahathir.

Difahamkan IJN akan mengeluarkan kenyataan media mengenai perkara itu.

Dr Mahathir sebelum ini dibenarkan keluar dari IJN pada 13 Januari lalu selepas dimasukkan ke pusat perubatan berkenaan pada 7 Januari lalu.

Pada 8 Januari lalu, beliau menjalani prosedur perubatan elektif yang dikendalikan sepasukan doktor dari institut itu dan Pusat Perubatan Universiti Malaya. - Getaran, 22 Januari 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 4 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 18 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah