web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tun M Dalam Keadaan Stabil - Marina Mahathir 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jan 2022 8:32PM

Dr Mahathir Mohamad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Anaknya, Datin Paduka Marina Mahathir berkata, Dr Mahathir dimasukkan ke IJN sejak dua hari lepas, sebagai lanjutan terhadap prosedur elektif yang dilakukan pada 8 Januari lalu. 

Menurut beliau, Pengerusi PEJUANG itu memberikan respon yang baik kepada rawatan berkenaan.

"Ibu saya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta keluarga memohon agar rakyat mendoakan supaya beliau segera sembuh sepenuhnya," katanya, hari ini.

Terdahulu, barisan pemimpin negara hari ini menzahirkan doa agar kesihatan Dr Mahathir yang dimasukkan ke IJN kembali pulih.

Ismail Sabri mengangkat tangan kepada petugas media selepas melawat Dr Mahathir di IJN, petang tadi. - Gambar Sairien Nafis
Ismail Sabri mengangkat tangan kepada petugas media selepas melawat Dr Mahathir di IJN, petang tadi. - Gambar Sairien Nafis

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang berkongsi perkara itu di Twitter turut mengesahkan telah menziarahi Ahli Parlimen Langkawi itu. 

Beliau mengharapkan agar keluarga Dr Mahathir bersabar dalam menempuh ujian yang diterima. 

Sementara itu, Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menerusi hantaran di Twitternya juga mengharapkan agar orang ramai bersama memanjatkan doa terhadap kesihatan Dr Mahathir.

Pengamal media berkampung di depan IJN sejak 2 petang tadi bagi mengikuti status terkini kesihatan Dr. Mahathir Mohamad. - Gambar Sairien Nafis
Pengamal media berkampung di depan IJN sejak 2 petang tadi bagi mengikuti status terkini kesihatan Dr. Mahathir Mohamad. - Gambar Sairien Nafis

Buat masa ini, pengamal media yang menunggu di IJN seawal jam 2 petang tadi, masih dilarang untuk berada di perkarangan kawasan masuk ke ruangan yang menuju ke bilik rawatan beliau.

Difahamkan IJN akan mengeluarkan kenyataan media rasmi mengenai perkara itu.

Dr Mahathir sebelum ini dibenarkan keluar dari IJN pada 13 Januari selepas dimasukkan ke pusat perubatan berkenaan pada 7 Januari lalu.

Pada 8 Januari lalu, beliau menjalani prosedur perubatan elektif yang dikendalikan sepasukan doktor dari institut itu dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). - Getaran, 22 Januari 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 4 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global