web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


COVID-19, 1,494 Pelajar Kedah Dijangkiti Sejak 1 Januari, Tiada Kematian Direkodkan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jan 2022 3:30PM

Petugas JKN membuat ujian saringan COVID-19 ke atas pelajar Maktab Mahmud, Pendang pada 18 Januari lalu. - Gambar dari Facebook Dato' Dr Mohd Hayati Bin Othman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR- Seramai 1,494 pelajar dijangkiti COVID-19 di Kedah bermula 1 hingga 23 Januari lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah, Dr Othman Warijo berkata, 99.9 peratus daripada jumlah itu atau 1,493 pelajar berusia antara tujuh hingga 18 tahun berada pada tahap satu dan dua jangkitan.

Menurut beliau, seorang pelajar bagaimanapun dikesan berada pada kategori tiga, tetapi disahkan sudah pulih sepenuhnya.

"Secara keseluruhannya sebanyak 579 kes atau 38.8 peratus sudah pun sembuh manakala 915 kes atau 61.2 peratus masih dirawat.

"Kesemua mereka ditempatkan sama ada di hospital, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) atau rumah masing-masing. Tiada dalam kalangan pelajar itu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) atau meninggal dunia," katanya ketika dihubungi Getaran di sini, hari ini.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama dan Sumber Manusia Kedah, Datuk Najmi Ahmad memaklumkan, ketika ini terdapat 15 sekolah ditutup, terdiri daripada 13 sekolah harian berasrama dan dua sekolah harian biasa.

"Kesemua 15 sekolah itu ditutup untuk tempoh tertentu bagi kerja-kerja sanitasi dan pembersihan, sebagai usaha untuk mengawal penularan wabak tersebut," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran IMPAK SPM 2021 yang turut dihadiri Pengarah Pelajaran Negeri, Rozaini Ahmad di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Dalam pada itu Rozaini berkata, seramai 162 guru di Kedah belum menerima vaksin COVID-19 atas pelbagai faktor.

Katanya, sebahagian daripada mereka tidak divaksin kerana faktor kesihatan manakala segelintir yang lain pula mendakwa belum bersedia untuk mengambil suntikan berkenaan.

"Guru-guru itu masih ke sekolah tetapi diasingkan dan tidak dibenarkan untuk mengajar secara bersemuka. Mereka tetap menjalankan tugas dengan menyediakan modul pembelajaran, selain turut mengajar dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

"Dalam masa sama, pihak kami terus cuba memujuk dan menasihatkan mereka agar segera mendapatkan suntikan vaksin, memandangkan terdapat banyak prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi dalam bidang pendidikan," katanya. -Getaran, 24 Januari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Harga Lembu Korban Di Kedah Kekal Antara RM750-RM800 1 Bahagian

2

Kisah Kita 4 minggu yang lalu

Dulu Hantar Anak Ke Pejabat Agama, Kini Ibu Ayah Terbuka Hati Peluk Islam

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Umum Projek: ‘Saya Tak Pernah Rugikan Kerajaan 1 Sen Pun’ - MB

4

Sukan 1 bulan yang lalu

KDA FC Masih Tiada Penaja Utama

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Pertabalan Agong: Sultan Brunei Berkenan Berangkat, Serlah Hubungan Akrab Dengan Malaysia

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Mufti Pulau Pinang, Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Penerima Tokoh Maal Hijrah 

Semasa 1 hari yang lalu

Eksport Halal Negara Cecah RM54 Bilion Tahun Lepas

Semasa 12 jam yang lalu

Tragedi Cari Lokan: Kanak-Kanak Maut Terjatuh Tasik