web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Guan Eng Beri Keterangan Kepada Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 11 Mar 2021 5:22PM

Guan Eng memberi keterangan selama sejam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini hadir memberi keterangan kepada polis berhubung kenyataan bersama Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mengenai pelaksanaan darurat yang dibuat pada 12 Jan lepas.

Guan Eng yang ditemani peguamnya R.S.N Rayer tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di sini pada pukul 11.25 pagi dan selesai memberi keterangan kira-kira sejam kemudian.

Rayer berkata Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan telah memberikan kerjasama penuh dalam siasatan yang dijalankan dan keterangan diambil oleh pegawai polis dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

"Kami memberikan kerjasama penuh kepada pegawai polis dan beliau (pegawai polis) juga memaklumkan telah selesai mengambil keterangan saudara Lim Guan Eng hari ini.

"Keterangan diambil bagi membantu siasatan kes itu dibuat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998, " katanya kepada pemberita di perkarangan IPD selepas Guan Eng memberi keterangan.

Polis sebelum ini mengesahkan membuka kertas siasatan berhubung kenyataan bersama Majlis Presiden (PH) itu yang didakwa mempersoalkan keputusan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengusulkan pelaksanaan darurat di seluruh negara bagi menangani wabak COVID-19.

Selain Guan Eng, kenyataan itu turut dikeluarkan dua lagi pemimpin pembangkang iaitu Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Parti Amanah Mohamad Sabu.

Sebelum ini, polis turut mengambil keterangan Anwar bagi membantu siasatan kes sama di Ibu pejabat PKR di Kuala Lumpur pada 26 Februari lepas manakala Mohamad Sabu dijangka memberi keterangan esok. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Bayi Maut Dicampak: Polis Rakam Keterangan 2 Individu

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Polis Rakam Keterangan Lim Kit Siang Esok

3

Politik 10 bulan yang lalu

'YB Kepala Batas, Kamu Ada 48 Jam Untuk Kemukakan Bukti' - Guan Eng

4

Politik 1 tahun yang lalu

Rakyat Perlu Bersatu, Tolak Eksploitasi Perkauman, Ekstremisme - Guan Eng

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi