web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penduduk Miskin, Miskin Tegar Di Kuala Lumpur Kini 10,200 - Data e-Kasih

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2021 8:21AM

Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Verifikasi data e-Kasih terkini menunjukkan jumlah penduduk miskin dan miskin tegar di Kuala Lumpur meningkat kepada 10,200 keluarga, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata jumlah itu merupakan data yang diperoleh daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) JPM yang merangkumi 6,800 keluarga berada dalam kategori miskin dan 4,400 keluarga dalam kategori miskin tegar.

"Data ini diperoleh berdasarkan nilai Pendapatan Garis Kemiskinan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang mengklasifikasikan keluarga dengan pendapatan di bawah RM2,216 sebagai miskin dan RM1,110 ke bawah sebagai miskin tegar," katanya kepada media, malam ini.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan tinjauan kemiskinan dan verifikasi data bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Perkasa, Taman Maluri, di sini.

Terdahulu Mustapa melawat empat rumah di PPR Perkasa dan bertemu dengan penduduk terdiri daripada mereka yang menerima bantuan sosial dan orang kurang upaya (OKU) serta mengadakan dialog bersama persatuan penduduk.

Mustapa berkata sejumlah 300 keluarga daripada keseluruhan 800 keluarga di PPR Perkasa kini menerima pelbagai bantuan sosial dan kebajikan.

"Tujuan saya membuat tinjauan malam ini adalah untuk melihat sendiri situasi miskin bandar dalam usaha kerajaan mendapatkan profil keluarga yang dikategorikan sebagai miskin bandar.

"ICU JPM akan mengenal pasti keluarga yang memerlukan bantuan dan akan turun padang untuk beri penjelasan berkaitan program e-Kasih dalam usaha kerajaan rangka strategi tangani kemiskinan bandar dalam Rancangan Malaysia ke-12," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka