web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


1,055 Sekolah Dikenal Pasti Untuk Dijadikan PPV PICKids - Dr Noor Azmi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Feb 2022 5:16PM

Datuk Dr Noor Azmi Ghazali - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,055 buah sekolah telah dikenal pasti untuk dijadikan sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) yang akan beroperasi selewat-lewatnya Isnin ini (14 Februari).

Timbalan Menteri Kesihatan I Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata bagaimana pun jumlah PPV sekolah dijangka bertambah dari semasa ke semasa.

“Kesemua sekolah ini akan menjadi pusat pemberian vaksin kepada murid di sekolah tersebut dan murid daripada sekolah-sekolah berdekatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Noor Azmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Imunisasi COVID-19 Kanak-kanak (CITF-C) berkata bagi pemberian vaksin di sekolah, senarai nama kanak-kanak yang layak akan disediakan pihak sekolah dan akan dilaksanakan pasukan kesihatan sekolah atau pengamal perubatan swasta.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan ibu bapa atau penjaga untuk mendaftar tanggungan mereka  menerusi akaun MySejahtera bagi mendapatkan janji temu vaksin dan sijil digital vaksinasi manakala mereka yang tidak mempunyai kemudahan itu, tarikh dan lokasi janji temu akan dimaklumkan pihak pengurusan sekolah.

Beliau berkata Kementerian Pendidikan (KPM) juga telah bersetuju membantu mengatur janji temu secara berkelompok untuk vaksinasi di sekolah atau di pusat vaksinasi yang telah dikenal pasti Pejabat Kesihatan Daerah dan Pejabat Pendidikan Daerah bagi melancarkan pelaksanaan vaksinasi COVID-19.

Sebagai langkah mengelakkan kesesakan di PPV, Dr Noor Azmi berkata hanya salah seorang sama ada ibu atau bapa atau penjaga yang dibenarkan menemani kanak-kanak untuk tujuan vaksinasi selain ibu bapa dinasihatkan untuk memastikan anak yang akan divaksin mendapat rehat secukupnya serta mengambil sarapan dan meminum air secukupnya sebelum hadir ke PPV.

“Ibu bapa perlu mengawasi kanak-kanak supaya tidak melakukan aktiviti lasak bagi tempoh tujuh hari selepas menerima vaksin,” katanya.

PICKids telah dimulakan pada 3 Februari lepas dengan menyasarkan seramai 3.6 juta golongan kanak-kanak berusia lima hingga bawah 11 tahun bagi melindungi kanak-kanak daripada jangkitan teruk COVID-19.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk memastikan risiko jangkitan di sekolah dapat dikurangkan sekali gus mencegah kluster dalam kalangan warga sekolah.

Setakat semalam, sebanyak 79,393 atau 2.2 peratus populasi kanak-kanak berusia antara lima hingga 11 tahun di negara ini telah menerima dos pertama vaksin COVID-19. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Rumah Terbakar, Budak 8 Tahun Rentung

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 minit yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan