web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


30 Nelayan Nyaris Maut, Bot Hampir Karam Terlanggar Batu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2021 4:24PM

Sebuah bot nelayan cuba membantu kru nelayan yang berada di atas bot yang hampir karam di Pulau Singa, pagi tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LANGKAWI -  Tiga puluh kru nelayan tempatan berusia antara 25 hingga 60 tahun berdepan detik cemas, apabila bot dinaiki  hampir karam di kawasan Pulau Singa Besar, dekat sini, pagi tadi.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd. Zawawi Abdullah berkata, kejadian kira-kira jam 6.50 pagi itu berlaku apabila kapal tersebut terlanggar objek dipercayai batu.

Menurutnya, bot nelayan tempatan kelas A (Bot Bilis) terbabit bersama dua yang lain sedang dalam perjalanan ke laut dalam bagi menangkap ikan.

"Setelah terkandas di kawasan tersebut dengan keadaan bot yang hampir karam, pemiliknya membuat panggilan ke Maritim Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi.

"Sebaik menerima maklumat dari MRSC, kami kemudiannya mengatur gerak Kapal Maritim (KM) Tenggol ke lokasi kejadian," katanya di sini, hari ini.

Semua kru bot nelayan itu dipindahkan ke KM Tenggol.
Semua kru bot nelayan itu dipindahkan ke KM Tenggol.

Tambahnya, sebaik tiba di lokasi kejadian,  semua 30 kru termasuk tekong bot itu telah memakai jaket keselamatan dan diselamatkan bot nelayan tempatan yang turut berada di kawasan berhampiran.

"Kesemua mereka kemudiannya dipindahkan ke KM Tenggol dan disahkan selamat tanpa mengalami kecederaan," katanya.

Mohd. Zawawi berkata, bot kayu berukuran 22.79 meter panjang dan 7.11 meter lebar itu dimiliki syarikat Langkawi Marine Products Sdn. Bhd. berpangkalan di Bukit Malut.

"Difahamkan pada masa ini pemilik bot sedang berusaha mendapatkan bantuan bagi menyelamatkan barangan serta menaikkan semula bot yang hampir karam menerusi Jabatan Laut Malaysia," katanya.

Sementara itu katanya, semua pihak yang berhasrat melaksanakan aktiviti di laut diingatkan supaya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga termasuk memakai jaket keselamatan, merujuk ramalan kaji cuaca dan memastikan bot dalam keadaan baik.

"Orang ramai turut diminta menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah dan kecemasan di laut menerusi Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis di talian 04-9662750 dan MERS 999 yang beroperasi sepanjang tempoh 24 jam," ujarnya. – Getaran, 13 Mac 2021

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi